Fakta Tulisan Jawi yang Kita Kena Tahu

Tonton versi video di sini Sudah semakin ramai yang tidak mengenal apa itu tulisan jawi. Tulisan jawi dulu merupakan tulisan keramat dan lambang peradaban Melayu, tapi kini semakin dilupakan. Hakikatnya, banyak cerita menarik tentang tulisan tradisi kita ini. Berikut adalah beberapa fakta – fakta tulisan jawi yang kita kena tahu! 1) Tulisan Jawi Berkembang Kerana Islam Orang – orang Melayu sewaktu kedatangan Islam di Kepulauan … Continue reading Fakta Tulisan Jawi yang Kita Kena Tahu

Apa Itu Paradoks?

Pernah dengar cerita Pinocchio?  Pinocchio adalah cerita tentang anak patung kayu yang apabila menipu, hidungnya akan memanjang. Pernah tak terfikir, apa akan jadi pada hidung pinocchio jika dia sebut “Saya sedang menipu sekarang” Kalau Pinocchio cakap benar, jadi hidung dia tak memanjang lah. Tapi bermakna betullah Pinocchio tengah menipu, jadi hidung dia perlu memanjang. Tapi dia bercakap benar…   Kalau Pinocchio menipu dengan kenyataan dia, … Continue reading Apa Itu Paradoks?

Pelajar PhD UKM ditawar Jadi Felo di Universiti Harvard

BANGI, Mei 2018 – Pelajar tahun akhir Ijazah Doktor Falsafah di Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanolectronik (IMEN), Mohd. Nuriman Nawi telah ditawarkan menjadi Felo dalam bidang Fizik Gunaan di Harvard University, United States. Beliau adalah anak didik Dr. Ahmad Rifqi Md Zain, memulakan penyelidikan terhadap pengesan cahaya didorong oleh kemajuan teknologi cahaya di dunia, seterusnya membuat penyelidikan terhadap peranti pengesan cahaya berdasarkan grafin atau bahan … Continue reading Pelajar PhD UKM ditawar Jadi Felo di Universiti Harvard

Jawi Cerita Sedih Buat Kita

Sejarah jawi adalah cerita sedih buat kita. Jawi sebati dengan orang Melayu selama hampir seribu tahun. Adanya batu bersurat Terengganu menjadi lambang kemegahan tulisan keramat kita ini. Tulisan rumi baru digunakan 50 tahun. Sultan – sultan Melayu hantar surat kepada Raja Portugal, England dan Perancis guna tulisan jawi. Ulama – ulama kita tulis kitab – kitab hebat warisan Nusantara guna tulisan jawi. Punyalah sayang orang … Continue reading Jawi Cerita Sedih Buat Kita

Petua dan Pantang Larang Melayu yang Rupanya Masuk Akal

Generasi sekarang dah ramai yang tinggalkan pantang larang dan petua datuk nenek mereka. Pantang larang dan petua dah dianggap tak relevan lagi pada zaman Facebook dan Instagram, malah banyak yang dianggap sebagai mengarut, tak masuk akal dan tak berasas. Sebenarnya, menurut Fadhilah Mat Noor, banyak pantang larang tradisi sebenarnya berguna dan masuk akal dan hanya cuma disalah fahami kerana anak bangsa tak memahami maksud yang … Continue reading Petua dan Pantang Larang Melayu yang Rupanya Masuk Akal

Kenapa Kadang – Kadang Kesesakan Trafik Jadi Tanpa Sebab?

Kita mungkin biasa hadapi perkara ini. Kita bawa kereta atas lebuh raya, kereta tak banyak, pergerakan lancar, cuaca tenang… Kemudian tiba – tiba nun di kejauhan ternampak kelibat kenderaan beratur panjang. Anda kini tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Beberapa puluh minit berlalu namun trafik masih lagi tak terurai. “Mesti ada kemalangan teruk dekat depan ni, harap – harap selamat lah mangsa – mangsa” Fikir anda … Continue reading Kenapa Kadang – Kadang Kesesakan Trafik Jadi Tanpa Sebab?

Jangan Dibiar Saintis – saintis Hebat Kita ‘Hilang’.

Negara kita terima berita – berita membanggakan tentang pencapaian – pencapaian terkini dalam bidang sains. Terbaru, pelajar – pelajar sekolah menengah dari perkampungan nelayan kita peroleh juara dunia dalam pertandingan pendidikan nuklear antarabangsa, dan seorang saintis muda kita diberi anugerah penyampai sains terbaik di dunia. Ini satu perkembangan yang menyeronokkan terhadap masa depan pendidikan sains di negera kita. Namun, berita kejayaan ini jangan dibiar terhenti … Continue reading Jangan Dibiar Saintis – saintis Hebat Kita ‘Hilang’.

Kenapa Bendera LGBT begitu Tinggi di Universiti Eropah?

Mungkin antara perkara paling ketara apabila menjejak kaki ke universiti Eropah adalah bendera yang terpacak tinggi di bangunan utama universiti. Bukan bendera universiti, bukan bendera negara England / Wales / Scotland, bukan bendera Kesatuan Eropah yang terpacak, tapi bendera pelangi LGBTQIAPK (Atau disingkatkan kepada LGBT+, eh betul ni.) Kenapa istimewa sungguh bendera ini sampai diberi layanan hebat sebegitu rupa di institusi keilmuan Barat? “Jangan Dicabar … Continue reading Kenapa Bendera LGBT begitu Tinggi di Universiti Eropah?

Akhirnya, Tiada Lagi Beg Berat Datang Sekolah?

Cadangan untuk meringankan beban beg pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sememangnya disambut baik, dan merupakan antara perubahan yang diharapkan berlaku segera selari dengan pertukaran Menteri Pendidikan Baru. Beg yang berat yang ‘dipaksa’ dibawa oleh murid – murid jelas bertentangan dengan aspirasi pendidikan negara kita yang mahu melahirkan murid yang seimbang bukan saja intelek dan rohani, tapi juga fizikal. Bagaimana mahu dicapai jika hasil sistem … Continue reading Akhirnya, Tiada Lagi Beg Berat Datang Sekolah?

Kasihan dengan Generasi Baru Sekarang

Rasa kasihan tengok generasi baru sekarang. Bayangkan apa perasaaan anda bila ‘poster boy’, wakil keluaran generasi anda yang paling terkenal adalah golongan lepasan SPM berlagak pondan, yang tak puasa sebab tak alang – alang tak solat? Sedangkan generasi yang sama juga baru – baru ini beri negara kita johan dunia dalam pertandingan nuklear peringkat antarabangsa. Itulah hakikat zaman sekarang. Kebodohan itu terjual, malah laku teruk. … Continue reading Kasihan dengan Generasi Baru Sekarang