Betul ke IQ Einstein 160?

Anda pernah ambil ujian IQ? IQ ataupun Intelligence Quotient adalah markah yang diperoleh setelah melalui ujian piawai untuk menilai kadar kebijaksanaan seseorang, yang kadang kala diambil menerusi ujian atas talian, atau kadang kala diambil melalui ujian formal institusi pendidikan. Maka bila kita dah peroleh markah nilaian kebijaksanaan kita tu, kita mesti nak bandingkan dengan orang lain, terutama sekali genius – genius terkenal sejarah semacam Einstein. … Continue reading Betul ke IQ Einstein 160?

3 Pencapaian Saintifik Dunia Melayu yang Kita Tak Tahu

Tonton versi video di sini Kita biasa dengar sejarah kegemilangan Melayu pada waktu empayar Melayu Melaka, tapi mungkin sebab kejatuhan dan penjajahan selama 500 tahun, pencapaian dunia Melayu terutama dalam lapangan saintifik jarang didengari. Iyalah, Barat kan alami revolusi industri, cipta mentol, temui elektrik, buat kereta, kembangkan falfasah sains. Dunia Melayu apa ada? Jadi ramai yang ingat bangsa Melayu lekeh dengan sains. Betul ke? Atau … Continue reading 3 Pencapaian Saintifik Dunia Melayu yang Kita Tak Tahu

13 Biasiswa untuk Pelajar Lepasan SPM 2018

Setelah menerima keputusan SPM dan STPM baru – baru ini, pasti ramai yang tercari – cari biasiswa mana satu yang sesuai untuk diambil. Berikut adalah beberapa senarai biasiswa bersama pautan untuk membantu anda membuat pilihan! 1. Biasiswa Bank Negara 2018 (Pra-Universiti) Salah satu biasiswa paling dinanti-nantikan untuk kategori Pra- Universiti. Terdapat 2 jenis biasiswa iaitu Biasiswa Kijang Emas dan Biasiswa Kijang. Biasiswa Kijang Emas ditawarkan … Continue reading 13 Biasiswa untuk Pelajar Lepasan SPM 2018

Sains Tulen vs Sains Gunaan – ‘Perang’ Aliran Universiti

Tonton versi video di sini Anda minat sains?  Hala tuju impian seseorang yang meminati sains pada peringkat SPM mungkin adalah untuk meneruskan pengajian tinggi dalam lapangan sains, dan kemudian memperoleh kerjaya dalam arena saintifik. Namun sebaik melangkah ke pengajian tinggi di kolej dan universiti, tak ramai yang didedahkan dengan pembahagian dan pembezaan dua cabang sains, iaitu sains tulen (pure science) dan sains gunaan (applied science). … Continue reading Sains Tulen vs Sains Gunaan – ‘Perang’ Aliran Universiti

Guru Afrika yang Ajar Microsoft Word tanpa Komputer Dihadiahkan Komputer untuk Sekolah

Cikgu sekolah di Ghana yang tular di media sosial dan arus perdana baru – baru ini dihadiahkan habuan yang amat setimpal. Kisah beliau yang mengajar anak murid perisian Microsoft Word di atas papan hitam kerana ketiadaan komputer di sekolah menyentuh hati jutaan orang yang terinspirasi akan kecekalan guru tersebut mengajarkan ilmu. Richard Appiah Akoto, 33, yang merupakan guru Informasi dan Teknologi Komunikasi (ICT) di Betenase M/A … Continue reading Guru Afrika yang Ajar Microsoft Word tanpa Komputer Dihadiahkan Komputer untuk Sekolah

5 Kebolehan Genius yang Kita Tak Mampu Ikut

Tonton versi video di sini Kadang – kadang, rasa cemburu juga dengan orang – orang yang kita panggil ‘genius’. Merekalah golongan yang kita biasa nampak skor tinggi dalam periksa, hasilkan ciptaan – ciptaan yang penemuan akademik terbaru, pegang jawatan tinggi akademia, dan dapat jawab soalan cikgu walaupun tidur dalam kelas. Dah pasti, bila kita baca kisah – kisah kebolehan genius, akan timbul rasa kagum dan … Continue reading 5 Kebolehan Genius yang Kita Tak Mampu Ikut

5 Perkara untuk Dibuat Selepas Dapat Keputusan SPM

Alhamdulillah, keputusan SPM 2017 telah diumumkan, dan banyak berita positif yang kita terima. Mungkin ada yang sudah kebas tangan bersalam dengan saudara – mara yang ucap tahniah, mungkin ada yang dah bingkaikan keputusan pada dinding bilik. Atau mungkin ada yang dah fikirkan “apa selepas ini?” Ada beberapa perkara yang boleh dibuat selepas dari anda menerima keputusan SPM tersebut, artikel ini senaraikan lima cadangan yang baik. … Continue reading 5 Perkara untuk Dibuat Selepas Dapat Keputusan SPM

Senarai Sekolah Terbaik SPM 2017

Berikut adalah senarai sekolah terbaik untuk SPM 2017. Penilaian adalah berdasarkan gred purata sekolah (GPS). Senarai dibahagikan kepada tiga sekolah terbaik keseluruhan, 10 sekolah terbaik MRSM dan 10 sekolah terbaik SBP. Sekolah Terbaik SPM 2017  Sekolah Tun Fatimah (1.109)  Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir (SASER) (1.26) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka (1.266) sumber Sekolah MRSM Terbaik 2017 Tun Ghafar Baba … Continue reading Senarai Sekolah Terbaik SPM 2017

3 Nasihat Untuk Pelajar ke Luar Negara

Untuk pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara, beberapa nasihat untuk anda: 1) Bila sampai ke luar negara, terus cari masjid dan surau. Bumikan diri anda dengan fitrah anda. Tuhan yang sama di Malaysia adalah yang sama juga di UK / Mesir / Australia dll. 2) Jumpa kawan tempatan, cuba cari ruang untuk bercakap tentang belief. Faham apa kepercayaan dan budaya mereka. Perkara ni … Continue reading 3 Nasihat Untuk Pelajar ke Luar Negara

Kenapa Kita Periksa?

Tonton versi video di sini Pelajar Malaysia dengan periksa memang dah macam kacang dengan kulit. Mana tidaknya, peperiksaan bermula sejak darjah satu! Sekurang – kurangnya kita hadapi periksa 4 kali setahun. Bermakna jika anda ambil SPM, anda sudah ambil periksa paling kurang 40 kali. Banyak tu! Tapi tak cukup lagi, sebab anda akan hadapi lagi peperiksaan – peperiksaan pra – uni, diploma, A – level … Continue reading Kenapa Kita Periksa?