5 Kebolehan Genius yang Kita Tak Mampu Ikut

Tonton versi video di sini

Kadang – kadang, rasa cemburu juga dengan orang – orang yang kita panggil ‘genius’.

Merekalah golongan yang kita biasa nampak skor tinggi dalam periksa, hasilkan ciptaan – ciptaan yang penemuan akademik terbaru, pegang jawatan tinggi akademia, dan dapat jawab soalan cikgu walaupun tidur dalam kelas.

Image result for sleep in class
“Cikgu, buat soalan mengejut kat dia! Kejut dia!” “Tak payahlah, boleh jawab punya”

Dah pasti, bila kita baca kisah – kisah kebolehan genius, akan timbul rasa kagum dan akan terbit persoalan “Boleh ke aku ikut kegeniusan mereka ni?”.

Maka artikel ini senaraikan 5 genius dalam sejarah yang miliki kebolehan yang kita mungkin tak mampu ikuti sepanjang hayat.

1. Antonio Magliabechi – Speed Reader yang Gila Buku

Antonio Magliabechi, tokoh yang hidup pada tahun 1600, merupakan ahli perpustakaan dan dikenali sebagai bibliomania, iaitu seorang yang gilakan buku. Mungkin jenis gila yang paling bagus.

Antonio_montauti,_ritratto_di_antonio_magliabechi_,_1725,_01
“Memang ada muka orang gila buku”

Beliau dikurniakan kebolehan pembacaan buku yang amat laju.

Suatu hari ada seorang penulis buku yang cuba menguji daya ingatan Magliabechi, maka dia bawakan satu manuskrip baru yang tak pernah dibaca dan menyuruh Magliabechi baca. Setelah beberapa ketika dengan serta merta Magliabechi pulangkan, mengesahkan dia dah baca keseluruhan buku.

Beberapa hari kemudian penulis buku tersebut berpura – pura kehilangan bukunya dan bertanya kalau Magliabechi ingat beberapa perenggan.

Magliabechi kemudian menulis semula keseluruhan buku tersebut dengan sempurna siap dengan titik noktah dan koma, langsung serupa dengan yang asal.

Magliabechi menghabiskan bacaan sebanyak 40 000 dan 10 000  manuskrip sepanjang hidupnya. Diceritakan dia akan tidur atas katil yang dikelilingi berjilid – jilid buku, yang dihabiskan setengah jam setiap satu, hinggalah dia tertidur.

BooksBed.jpg
“Bagus … tapi siapa nak buat menantu?” – Emak

2. Hamka – Menulis Magnum Opus dalam Penjara

Bagi siapa – siapa yang banyak menulis tentu setuju tempat dan suasana memang sangat penting untuk hasilkan tulisan. Tambah lagi yang menulis tulisan berat dan akademik, semacam thesis atau jurnal akademik.

Itulah sebabnya karya Magnum Opus, masterpiece Hamka sangat mengagumkan, sebab ia dihasilkan dalam penjara.

Hamka atau Haji Abdul Malik Karim Abdullah adalah antara ulama ulung Nusantara. Beliau difitnah oleh Parti Komunis Indonesia berkomplot membunuh Presiden Soekarno, dan kemudiannya dihumban dalam penjara.

avatar-102-f.png
Hamka

2 tahun dalam penjara, Hamka yang disangkakan akan meringkuk di belakang tiang besi menghasilkan tafsir ulung Nusantara, juzuk 1- 30, 9 Jilid semuanya, sangat berkualiti tinggi, lengkap dengan penjelasan kosa kata, sebab nuzul ayat, munasabat ayat, berbagai – bagai riwayat hadis sehingga diiktiraf universiti al Azhar itu sendiri.

Tafsir Hamka.jpg
Tafsir Surah al Fatihah pun berpuluh – puluh muka.

3. Srivinasa Ramanujan – Menghasilkan Rumus Matematik dengan Hanya Berimaginasi

Ramanujan merupakan seorang ahli matematik ulung India, yang dilahirkan serba kekurangan.

Pada waktu muda, beliau mula mencuba – cuba menghasilkan formula dan rumus matematik sendiri, hanya melalui intuisi. Tapi kebolehannya terkekang dengan kehidupan miskinnya di India, dan tak mampu peroleh pendidikan Universiti.

srinivasa-ramanujan-2.jpg
Ramanujan

Satu hari, seorang ahli Matematik England terkenal, G.H Hardy terima satu surat yang mengatakan ini datang dari seorang prodigi matematik. Mula – mula Hardy tak melayan surat tersebut, kerana beliau sudah banyak dapat surat – surat yang mengatakan mereka dapat selesaikan rumus – rumus matematik, tapi hakikatnya mengarut saja.

hardy.jpg
G.H Hardy

Ternyata Hardy terdetik melihat surat tersebut. Dia kata “Orang yang hantar ini sama ada penipu atau genius”. Setelah 2 jam meneliti Hardy keluarkan keputusan genius.

Sebabnya apabila melihat formula – formula yang ditulis Hardy mengatakan tak ada orang yang boleh berimaginasi hasilkan rumus – rumus ini. Ternyata penghantar tersebut adalah Ramanujan, dan dia kemudian dijemput belajar di Cambridge.

Apa yang menakjubkan adalah Ramanujan kemudian menghasilkan 3000 – 4000 rumus matematik yang ditulis dalam buku nota peribadinya. Kalau orang lain hobi mereka kumpul setem, hobi Ramanujan adalah mengeluarkan 5 – 6 teorem baru setiap hari.

24TH_RAMANUJAN_MANUSCRIPT.jpg
Manuskrip Ramanujan. Diari anda boleh lawan?

4. Zhang Heng – Polymath, Multi Genius yang Kuasai Pelbagai Bidang.

Dalam sejarah ada segolongan manusia yang istimewa, iaitu yang dipanggil polymath. Mereka adalah multi genius yang kuasai pelbagai bidang ilmu, serta mampu mensintesiskan jaringan ilmu untuk selesaikan masalah kompleks.

Mereka adalah golongan yang kita tertanya – tanya, tidur berapa jam sehari?

Di China terdapat seorang polymath yang terkenal dalam lipatan sejarah, bernama Zhang Heng.

0012ZhangHeng6539w.jpg
Zhang Heng. Ada gaya ahli kung fu TV 1

Zhang Heng yang hidup pada zaman Dinasti Han merupakan ahli falak, ahli matematik, saintis, jurutera, pereka cipta, ahli geografi, kartografer, artis, penyajak dan sarjana bahasa.

Serius, tidur berapa jam sehari?

Antara sumbangan Zhang Heng seperti seismometer, sfera armilari berkuasa hidraulik, pengiraan nombor pi, teori lunar dan gerhana bulan.

Walaupun berbakat besar, kerajaan China waktu tu nampaknya seperti tak menghargai beliau kerana bergaji kecil. Lebih kurang nasib tenaga akademik kita jugalah nak dibanding dengan gaji artis.

Zhang_Heng.jpg
Sekurang – kurangnya orang hargai dalam bentuk setem..

 

5. Bukhari – Ingatan yang Tersangat Cemerlang

Imam Bukhari, atau nama sebenarnya Muhammad bin Ismail digelar sebagai amirul mukminin dalam bidang hadis, dan juga merupakan penulis sahih Bukhari, kitab yang dianggap kedua paling sahih setelah al Quran.

u97-urdu-sahih-bukhari.jpg
Sahih Bukhari

Kekuatan Imam Bukhari merupakan satu tanda kekuasaan Allah. Pada waktu beliau berumur 10 tahun, sudah terserlah kehebatan beliau.

Bukhari mengatakan: Aku mulai belajar kepada ad-Daakhili dan ulama lainnya. Suatu saat, beliau membacakan satu hadits di hadapan orang-orang (dengan sanad dari) Sufyan, dari Abu Zubair dari Ibrahim… Maka aku berkata kepadanya, “Sesungguhnya Abu Zubair tidak meriwayatkan (hadits) dari Ibrahim”. Ia pun menghardikku. Lantas aku berkata, “Cuba telitilah kembali kitab aslinya”. Ia pun memasuki rumah dan meneliti kembali, kemudian keluar dan bertanya, “Bagaimana penjelasannya wahai anak muda?”. Aku menjawab, “(Yang dimaksud) adalah Zubair bin ‘Adi dari Ibrahiim..”. Beliau lantas mengambil penaku dan membetulkan kitabnya, seraya berkata, “Engkau benar”.

Kehebatan hafalan beliau juga tampak ketika Ulama Baghdad mendengar akan kedatangan Abu ‘Abdillâh ke kota mereka. Dengan sengaja, mereka itu mempersiapkan seratus hadits dan kemudian menukar dan merubah matan dan sanadnya. Mereka menukar matan satu sanad dengan teks hadits yang lain, dan begitu sebaliknya. Setiap orang memegangi sepuluh hadits yang nantinya akan dilontarkan kepada Abu ‘Abdillâh sebagai bahan ujian kekuatan hafalannya.

Orang-orang pun berkumpul di dalam majlis. Orang pertama menanyakan kepada Imam al-Bukhâri sepuluh hadits yang ia miliki satu persatu. Setiap kali ditanya, Imam al-Bukhâri menjawab, sampai hadits yang kesepuluh, “Saya tahu mengenalnya (hadits itu dengan sanad yang disebutkan). Para Ulama yang hadir pun saling menoleh kepada yang lain dan berkata, “Orang ini (benar-benar) paham”. Sementara orang yang tidak tahu tujuan majlis itu diadakan menilai Imam al-Bukhâri sebagai orang yang lemah hafalannya.

Kemudian tampillah orang kedua, melakukan hal yang sama. Dan setiap kali mendengarkan satu hadits, beliau berkomentar sama, “Aku tidak mengenalnya”. Selanjutnya tampil orang ketiga sampai orang terakhir. Dan komentar beliau pun tidak lebih dari ucapan, “Aku tidak mengenalnya”.

Setelah semua selesai menyampaikan hadits-haditsnya, Imam al-Bukhâri menoleh ke arah orang pertama seraya meluruskan, “Haditsmu yang pertama mestinya demikian, yang kedua mestinya demikian, yang ketiga mestinya demikian, sampai membenarkan hadits yang kesepuluh. Setiap hadits beliau satukan dengan matan-matannya yang benar. Beliau melakukan hal yang sama kepada para ‘pengujinya’ lainnya sampai pada orang yang terakhir. Akhirnya, orang-orang pun betul-betul mengakui akan kehebatan hafalan beliau

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s