Setelah menerima keputusan SPM dan STPM baru – baru ini, pasti ramai yang tercari – cari biasiswa mana satu yang sesuai untuk diambil. Berikut adalah beberapa senarai biasiswa bersama pautan untuk membantu anda membuat pilihan!

1. Biasiswa Bank Negara 2018 (Pra-Universiti)

Salah satu biasiswa paling dinanti-nantikan untuk kategori Pra- Universiti. Terdapat 2 jenis biasiswa iaitu Biasiswa Kijang Emas dan Biasiswa Kijang.
Biasiswa Kijang Emas ditawarkan kepada pelajar dengan keputusan SPM 2017 yang cemerlang. Ia dibuka untuk mana-mana jurusan pilihan di universiti terkemuka luar dan dalam negara.
Biasiswa Kijang pula terbuka kepada pelajar yang mendapat keputusan minimum 8A (A dan A+) dalam SPM 2017.

Tarikh tutup permohonan
21 Mac 2018

Pautan: Bank Negara Malaysia Scholarship Award 2018 / 2019

2. Program Penganjuran Pendidikan Petronas (PESP) 2018

Program Penganjuran Pendidikan PETRONAS (PESP) dibuka untuk pelajar dengan keputusan cemerlang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang terpilih program ijazah.
Pelajar diminta mengikuti semua proses dan peraturan dikenakan pada masa dan selepas permohonan. Permohonan hanya boleh dilakukan secara dalam talian.

Tarikh tutup permohonan
22 Mac 2018

Pautan: PETRONAS Education Sponsorship Programme

3. Biasiswa JPA 2018 (JKPJ)

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dalam bentuk Pinjaman Boleh Diubah (PBU) bawah Program Khas di Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2018.
Dibuka untuk semua lepasan SPM 2017 yang berminat dalam jurusan kejuruteraan, sains dan teknologi (S & T) serta sains sosial.

Tarikh tutup permohonan:
26 Mac 2018

Pautan: Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam

4. Biasiswa UEM 2018

Program pra-universiti di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) di Lembah Beringin sebelum melanjutkan pelajaran di universiti bertaraf antarabangsa di Malaysia.
Pelajar harus memiliki rekod akademik cemerlang sepanjang Tingkatan 4 dan 5 selain terlibat secara aktif dalam ko-kurikulum.
Dibuka untuk kursus di bawah jurusan perniagaan, kewangan, pembangunan alam sekitar dan kejuruteraan.

Tarikh tutup permohonan:
22 April 2018

5. Maxis What’s Next Scholarship

Biasiswa untuk mereka yang berminat alam melanjutkan pengajian ijazah, diploma dan ijazah lanjutan dalam mana-mana jurusan sama ada secara talian, di universiti tempatan atau luar negara.

Tarikh tutup permohonan
30 April 2018

Pautan: Maxis What’s Next Scholarship

6. Biasiswa Yayasan Sime Darby 2018

Pelajar SPM 2017 dengan minimum 7A (A+ dan A) boleh memohon biasiswa bagi pengajian asas untuk mempersiap diri ke program ijazah di universiti terkemuka di United Kingdom.
Penuntut pra-universiti akan diberi keutamaan dalam Biasiswa Ijazah Yayasan Sime Darby di luar negara selepas tamat kursus pengajian asas (foundation studies).
Jurusan pengajian yang ditawarkan ialah berkaitan perniagaan, komunikasi massa, kejuruteraan, sains, teknologi pertanian dan sains komputer.

Tarikh tutup permohonan
Tiada

7. Biasiswa Global PNB 2018

Biasiswa ini dibuka untuk pelajar dengan keputusan minimum 8A (A+ dan A) dalam SPM 2017 dan dengan minimum A2 dalam subjek English 1119 SPM 2017. Aktif dalam sukan dan ko-kurikulum dengan sifat kepimpinan yang tinggi.
Universiti akan dipilih oleh PNB mengikut keperluan PNB.

Tarikh tutup permohonan
26 Mac 2018

Pautan: Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2018

8. Biasiswa OCBC

Biasiswa ini dibuka untuk pelajar yang sudah menerima tawaran pengajian atau sedang berada di tahun pertama program ijazah di universiti tempatan terpilih.
Sekurang-kurangnya 7A dan SPM atau minimum 2A dalam STPM atau setaraf dan pendapatan keluarga kurang RM 5,000 sebulan.

Tarikh tutup permohonan
30 Jun 2018

Pautan: OCBC Public Scholarship

9. Dana Pendidikan Elena Cooke

Pelajar lepasan SPM, STPM dan UEC dipelawa untuk memohon.
Minimum 3A dalam SPM dan/atau menepati kriteria lain seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan.
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM42,000.00 setahun.

Tarikh tutup permohonan
30 Mac 2018

Pautan: Elena Cooke Education Fund

10. Biasiswa MyBrainSc

Biasiswa MyBrainSc dibuka untuk pengajian Ijazah dan Ijazah Lanjutan sepenuh masa dalam bidang sains tulen seperti fizik, kimia, biologi dan matematik di universiti awam.
Ia merupakan sebahagian agenda Kementerian Pendidikan Tinggi di bawah Pelan Strategik Pendidikan Tingggi Kebangsaan (PSPTN) dan menghasilkan sainstis muda.

Tarikh tutup permohonan
31hb Mac 2018

Pautan: Biasiswa MyBrainSc

11. Kolej Perubatan Antarabangsa IMC (Diploma Kejururawatan)

Biasasiswa untuk program kejururawatan di IMC dengan jaminan pekerjaan.
Pemohon wajib memiliki rekod pendidikan yang baik dalam SPM, STPM dengan kredit Matematik, Sains, Bahasa Malaysia serta 2 subjek (Biologi, Kimia dan Sains).
Lelaki dipelawa menyertai program ini.

Tarikh tutup permohonan:
23hb Mac 2018

Pautan: Sponsorships for Diploma in Nursing

12. Biasiswa Hong Leong

Biasiswa untuk isi rumah pendapatan rendah dengan keputusan pelajar yang cemerlang,
Pemohon harus memliki minimum 8A dalam SPM dan 6A dalam UEC.
Program Diploma atau Ijazah sepenuh masa bagi mana-mana jurusan yang diiktiraf di universiti dan kolej tempatan.

Tarikh tutup permohonan
1 Jun 2018

13. Biasiswa Yayasan Bank Rakyat PPBU

Dibuka untuk program sijil kemahiran, diploma, ijazah, ijazah lanjutan, dan PhD sepenuh masa.
Semua jurusan pengajian dibuka kecuali perubatan dan aviasi dengan keutamaan bagi jurusan akaun, perbankan, perniagaan, pengurusan, sumber manusia, ekonomi, komunikasi dan perundangan.

Tarikh tutup permohonan
29 Jun 2018

Pautan: Education Excellence Award

Sumber: freemalaysiatoday

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.