Betul ke IQ Einstein 160?

Anda pernah ambil ujian IQ?

IQ ataupun Intelligence Quotient adalah markah yang diperoleh setelah melalui ujian piawai untuk menilai kadar kebijaksanaan seseorang, yang kadang kala diambil menerusi ujian atas talian, atau kadang kala diambil melalui ujian formal institusi pendidikan.

Maka bila kita dah peroleh markah nilaian kebijaksanaan kita tu, kita mesti nak bandingkan dengan orang lain, terutama sekali genius – genius terkenal sejarah semacam Einstein.

5878f17dcd3662440f18003402cd5d29b91055d42c2d44a943fdc1d324153cc5.jpg
Jumpa ujian tu di Facebook!

Malah pernah beberapa kali heboh kisah – kisah kanak – kanak 11 tahun dapat skor IQ yang lebih tinggi daripada Einstein, hingga dijadikan simbol kebanggaan negara.

higher than einstein 1.JPG
Ok lah, memang muka pandai.

Jadi berapa sebenarnya IQ Einstein? Sebenarnya ini soalan yang sangat bermasalah.

Sebab Einstein tak pernah ambil ujian IQ.

Tidak ujian Binet – Simon (1904), tidak ujian Raven Progressive Matrices (1936) dan dah pasti tidak WAIS – Weschler Adult Intelligence Scale (1955). Ini semua variasi ujian IQ sepanjang sejarah.

Jadi kalau Einstein tak pernah ambil ujian IQ, macam mana boleh ada nilai IQ beliau? Kalau tak ada nilai sebenar IQ beliau, macam mana boleh jadi berita dan propaganda?

courbe-bell.gif
Antara klaim paling popular tentang IQ Einstein. 160.

Malah soalan ini jadi semakin besar dan kritikal apabila wujud banyak senarai manusia paling bijak dalam sejarah yang disusun berdasarkan nilai IQ.

Bukan saja mereka semua tak pernah ambil ujian IQ jadi kita tak tahu dari mana nilai – nilai ini datang, majoriti besar manusia paling bijak dalam sejarah nampaknya adalah orang putih Eropah. Tiada nama ulama, sarjana Timur, orang Melayu apatah lagi.

Dan penggerak besar kepelikan terhadap konsep Intelligent Quotient ini adalah apabila dibuat percubaan untuk mengagak IQ Nabi Isa dan Nabi Muhammad.

Maka keraguan terhadap konsep IQ menjadi semakin besar.

Sejarah Konsep IQ yang Kontroversi

Isu dengan IQ jadi semakin meruncing apabila kita baca mengenai sejarah dan kontroversinya.

Ujian IQ pada asalnya dicipta untuk mengesan pelajar – pelajar sekolah rendah yang bermasalah dengan pelajaran di US. Itu saja. Tapi ia kemudian berubah menjadi satu ukuran nilai manusia, yang kemudian diekstrapolasi lagi dengan mengagungkan – agungkan orang yang skor tinggi dalam ujian tersebut.

Kontroversi awal yang mengeksploitasi keputusan ujian IQ adalah apabila ia digunakan oleh ahli psikologi Amerika untuk halang kemasukan imigran.

Imigran dihalang masuk sebab mereka dianggap ‘dungu’, sebab rata – rata mereka skor rendah dalam ujian IQ yang diwajibkan ke atas mereka sebelum boleh masuk ke US.

Tapi iyalah, dah pastilah markah mereka rendah. Ujian IQ tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris, jadi mana mereka faham. Maka tersirat pula syarat menguasai bahasa Inggeris sebagai penilai kepandaian seseorang.

bi.PNG
*Keratan akhbar ini tak semestinya ada kaitan dengan artikel.

Kontroversi konsep IQ yang lebih besar adalah yang dipanggil sebagai Jensenism, iaitu apabila Arthur Jensen, seorang profesor pendidikan di Harvard, menggunakan ujian IQ untuk kata orang kulit gelap lebih dungu daripada orang kulit putih.

Untuk menambah kuah, beliau mengatakan bahawa ketidakbijakan orang kulit hitam adalah sebab faktor bangsa dan genetik. Bermakna, menurut Jensen, orang kulit hitam memang dilahirkan lebih dungu daripada orang kulit putih.

black.JPG
Macam boleh terbitkan berita macam ni? *Tengok surat khabar. Oh Fox News. Patutlah.

Malah beliau pergi lagi jauh apabila beliau menyeru juga kepada eugenics, satu kepercayaan paling kontroversi dalam dunia saintifik, iaitu gerakan untuk membiakkan manusia secara terancang dengan hanya membenarkan manusia yang miliki gene berkualiti saja untuk membiak.

Apa Masalah dengan Konsep IQ?

Ujian IQ itu juga tak lari daripada masalah konsep dan metod.

Pertama sekali, apa itu kebijaksanaan? Definisi kebijaksanaan masih tidak dapat disepakati malah oleh ahli akademik sekular.

Itu pun belum lagi mereka ambil kira pandangan agama tentang apa itu kebijaksanaan, contohnya konsep hikmah dalam al Quran.

Jadi kalau maksud kebijaksanaan pun tak disepakati, maka macam mana ia nak dikira waima diskalakan?

Ujian IQ itu sendiri bermasalah. Kajian dapati bahawa orang yang skor tinggi dalam ujian IQ sebenarnya sudah terlatih dan sudah banyak buat ujian tersebut. Jadi dah pasti bermasalah untuk kita katakan nilai kebijaksanaan dikira berdasarkan ‘soalan spot’.

Begitu juga dengan isu emosi dan tekanan sewaktu menjawab peperiksaan. Terdapat laporan yang mengatakan ada orang yang mengambil ujian IQ beberapa kali dan dia peroleh markah 63 dan 117. Bagaimana boleh ada orang yang alami kelembapan mental tapi boleh menjadi genius dalam beberapa hari, berdasarkan markah ujian IQ?

Jenis ujian IQ yang kita ambil juga rupa – rupanya menentukan berapa sebenarnya magnitud ‘kebijaksanaan’ kita. Kalau kita ambil ujian IQ internet yang berlambak atas talian, yang kini menjadi satu bisnes, kita bakal peroleh keputusan berbeza. Kajian dapati ujian IQ internet hakikatnya berbeza dengan ujian nilaian kebijaksanaan yang lain.

Bagaimanapun, masalah paling fundamental adalah penomboran nilai manusia.

ea1aceba4b8df70d901e409db2f3df54119c0587_hq
Kalau dalam Dragon Ball Z depa guna scouter untuk tahu nilai kekuatan watak. Tapi lepas tu nombor jadi mengarut sangat sampai penulis tinggalkan terus konsep tu.

Tidak diketahui dari mana datang obsesi orang Barat dengan menomborkan dan menskalakan nilai manusiawi, mungkin ia datang seiring dengan kehendak revolusi industri, yang mahu mendatakan dan menstatistikkan segalanya.

Apabila diberi nilai IQ sampai 250 – 300 pada seorang tokoh, yang tak mengambil ujian IQ, ia tak masuk akal. Kalau kita tidak mau dinilai diri kita dengan jumlah A SPM contohnya, OK ke kita dengan kebijaksanaan diri kita dinomborkan dengan ujian IQ?

Kesimpulan

Tulisan ini tidaklah bertujuan menghalang seseorang mengambil ujian IQ. Tiada masalah untuk diambil. Namun, jangan terlampau diperbesar markah yang kita peroleh. Seolahnya itulah penentu nilaian diri kita. Bak kata Stephen Hawkings, orang yang bersorak dengan nilai IQnya hakikatnya adalah orang yang dungu.

main-qimg-fa494b6920d36540f05e8fd9cb3223df-c.jpg

Oh. Ironinya ada juga cubaan untuk memberikan nilai IQ kepada beliau.

maxresdefault.jpg
Takpe lah, memang muka pandai.

 

Boleh juga tonton artikel ini dalam versi video

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s