3 (Lagi) Pencapaian Saintifik Dunia Melayu yang Kita Tak Tahu

Tonton versi video di sini Bahagian 1 di sini Tak sangka ada beberapa ciptaan tradisi dunia Melayu yang kita anggap mudah dan biasa, tapi bila digali rupa – rupanya memiliki nilaian saintifik! Artikel ini senaraikan 3 (lagi) pencapaian saintifik dunia Melayu yang kita mungkin tak tahu. 1) Tudung Saji Selama ini kita menganggap tudung saji hanya untuk menutup makanan, tak nak bagi lalat hinggap. Tapi … Continue reading 3 (Lagi) Pencapaian Saintifik Dunia Melayu yang Kita Tak Tahu

Masalah yang Sains Tak Boleh Selesaikan Sampai Sekarang.

Pernah dengar tentang masalah swan hitam? Cerita dia, orang Eropah temui ribuan swan di tempat mereka. Semua warna putih. Maka setelah beribu – ribu kali membuat pemerhatian yang sama mereka buat satu klaim “Semua swan berwarna putih” Sampailah mereka berjumpa dengan swan berwarna hitam di Australia. Maka runtuhlah klaim tersebut. Ini adalah masalah klasik dalam sains, yang dipanggil ‘the problem of Induction’. Iaitu lebih kurang … Continue reading Masalah yang Sains Tak Boleh Selesaikan Sampai Sekarang.

5 Peribahasa yang Sering Disalahertikan

Tonton versi video di sini Pernah tak kita rasa ada sesetengah peribahasa yang kita biasa guna, tapi dirasakan macam tak kena? Rupanya atas beberapa sebab, ada beberapa kesilapan peribahasa yang diwarisi turun – temurun. Artikel ini senaraikan 5 peribahasa Melayu yang selalu disalahgunakan. 1) Melepaskan Batuk di Tangga Pernah tak kita terfikir, kenapa bila kita batuk di tangga, dikatakan tak cermat atau tak bersungguh – … Continue reading 5 Peribahasa yang Sering Disalahertikan

Betul ke Pelajar Mat Saleh Sentiasa Lagi Pandai?

Saya pernah satu kumpulan projek tahun ketiga kejuruteraan di UK. Kumpulan saya seorang Melayu, dua orang Cina dari Tanah Besar dan seorang mat saleh tempatan. Kami berjanji berjumpa untuk mesyuarat mingguan pukul dua. Saya sampai paling awal, disusuli oleh kawan – kawan Asia yang lain. Hanya kawan mat saleh itu saja yang belum sampai. Jadi saya telefon tanya, “hang kat mana?” (bahasa Inggeris) Dia jawab … Continue reading Betul ke Pelajar Mat Saleh Sentiasa Lagi Pandai?

Macam Mana Permainan Video Mobile Percuma Buat Duit?

Untuk versi video, tonton di sini Pernah tak terfikir macam mana permainan video mobile percuma buat duit? Ye lah, kan semua tu percuma untuk dimuat turun? Takkan derma sumbangan ikhlas kepada rakyat kan? Hakikatnya model permainan percuma ini lah yang licik, yang menjadi wabak penyakit dunia baru digital dan yang mampu memerah duit anda berkali – kali ganda. Kalau anda tak berhati – hati. Tapi … Continue reading Macam Mana Permainan Video Mobile Percuma Buat Duit?

Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular.

Purata pembacaan rakyat hanyalah sekitar 15 ke 20 buku setahun, iaitu masih belum mencapai sasaran ideal 30 buku setahun, menurut Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Datuk Nafisah Ahmad. Ini bermakna, kadar literasi kita agak rendah pada tahap 55 peratus, iaitu masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Malaysia iaitu seramai 31.7 juta orang. Daripada jumlah bahan bacaan itu pula, rata – rata menjadikan komik … Continue reading Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular.

5 Teori Saintifik yang Popular tapi Salah (Atau Ditinggalkan)

Tonton versi video di sini Ramai orang menganggap bahawa teori saintifik adalah absolut dan tidak berubah. Jadi itu sebab kadang – kadang bila kita dengar orang berdebat dan bertengkar, mereka mencampak perkataan ‘bukti saintifik’, sebab itu seolah – olah kuasa terakhir untuk mereka menang hujah, dan itulah kebenaran mutlak bagi mereka. Tapi sebenarnya itu bertentangan dengan sifat sains, sebab sains, sentiasa berubah. Bila data – … Continue reading 5 Teori Saintifik yang Popular tapi Salah (Atau Ditinggalkan)

Ilmu Sentiasa Lebih Relevan Dari Politik

Amat  mengagumkan apabila kita renungi sejarah. Pada zaman awal tamadun Islam, hakikatnya banyak saja pergolakan politik yang berlaku. Politik kerusi diraja, perebutan kuasa, peralihan empayar, peperangan dengan kuasa lain. Semua ini pada zaman itu pasti dianggap isu besar yang mesti diambil serius dan mengisi segenap perbualan masyarakat. Kalau ada Facebook zaman tu mesti jadi topik trending isu – isu politik besar ni. Tapi menariknya, ribuan … Continue reading Ilmu Sentiasa Lebih Relevan Dari Politik

Kenapa Panjang 1 Meter … 1 Meter?

Tonton versi video di sini Cuba bayangkan kita hidup pada zaman yang tak ada pembaris. Macam mana kita nak ukur ketinggian kita? Orang zaman dulu, sebelum penciptaan alat ukuran yang piawai, menggunakan anggota badan mereka sebagai alat ukuran relatif. Mereka guna: Jengkal – ukuran tangan manusia dari ujung ibu jari sampai ujung jari kelingking Depa – panjang yang diukur dari ujung jari ke ujung jari lain dari … Continue reading Kenapa Panjang 1 Meter … 1 Meter?

Gerakan Mansuhkan Peperiksaan di UK

  Anda pernah suarakan ketidakpuasan hati terhadap peperiksaan sewaktu di sekolah? Mungkin anda suka belajar, tapi tak suka peperiksaan. Atau pengalaman pembelajaran anda rosak lantaran obsesi sistem pendidikan terhadap peperiksaan. Malangnya sistem yang tak disukai sekalian pelajar dalam sejarah ini seolah – olah tak mungkin dipertikai dan diubah, dan akan kekal puluhan tahun. Namun, persatuan National Union of Teachers di UK berhasrat mencabar sistem peperiksaan … Continue reading Gerakan Mansuhkan Peperiksaan di UK