Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular.

Purata pembacaan rakyat hanyalah sekitar 15 ke 20 buku setahun, iaitu masih belum mencapai sasaran ideal 30 buku setahun, menurut Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Datuk Nafisah Ahmad.

Ini bermakna, kadar literasi kita agak rendah pada tahap 55 peratus, iaitu masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Malaysia iaitu seramai 31.7 juta orang.

Daripada jumlah bahan bacaan itu pula, rata – rata menjadikan komik sebagai genre paling popular, berdasarkan pemantauan pembelian buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sumber: mukasurat.my

Komik mendapat pembelian paling banyak dengan jumlah 15%, diikuti oleh buku akademik sebanyak 14% dan buku agama sebanyak 14%.

Genre lain yang turut popular adalah fiksyen yang dimonopoli oleh buku – buku indie, juga lambakan novel – novel cinta yang diminati oleh pembaca wanita remaja.

Sebagai perbandingan, Korea Selatan membaca secara purata 40 buku setahun.

Malaysia juga masih ketinggalan berbanding negara jiran Thailand yang dicatatkan sebagai negara kedua paling banyak membaca, dengan purata pembacaan 9.4 jam seminggu, diikuti dengan China dan Filipina, manakala India mendapat tempat teratas.

baca.PNG
Sumber: Global English Editing

 

Bagaimanapun, budaya pembacaan rakyat Malaysia tidaklah statik atau semakin teruk. Sebaliknya, ia menunjukkan peningkatan.

Laporan statistik Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 mendapati rakyat Malaysia membaca purata 2 buku setahun. Namun tahun 2010 jumlahnya meningkat kepada 2 ke 8 buku setahun. Laporan tahun 2017 menunjukkan peningkatan purata pembacaan 15 – 20 buku setahun.

Maka budaya membaca rakyat Malaysia, walaupun belum mencapai sasaran, menunjukkan peningkatan dari segi statistik.

Harapannya, semoga nombor itu meningkat naik seiring dengan kualiti bahan bacaan yang dibaca.

One thought on “Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular.

  1. Golongan belia dan dewasa kini lebih menjerumus ke arah hedonisme dan hiburan berasaskan digital. SEharian melekat dengan telefon pintar.

    Akibatnya, hujah dan perbualan harian semakin tegar dinodai pandangan peribadi yang kurang berasas dengan bertuankan maklumat picisan daripada media sosial.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s