Macam Mana Permainan Video Mobile Percuma Buat Duit?

Untuk versi video, tonton di sini

Pernah tak terfikir macam mana permainan video mobile percuma buat duit? Ye lah, kan semua tu percuma untuk dimuat turun? Takkan derma sumbangan ikhlas kepada rakyat kan?

SUMBANGAN.png

Hakikatnya model permainan percuma ini lah yang licik, yang menjadi wabak penyakit dunia baru digital dan yang mampu memerah duit anda berkali – kali ganda. Kalau anda tak berhati – hati.

Tapi sebelum tu, mari kita ketahui bagaimana model tradisional penjualan game berfungsi.

Model ‘Biasa’ Penjualan Game

Model klasik bagaimana syarikat gaming membuat duit adalah dengan mereka menjual salinan permainan video mereka yang penuh. Bermakna, setelah anda bayar baru anda boleh main keseluruhan game.

Atau dengan mereka menjual versi premium permainan, bermakna kalau anda bayar lebih untuk edisi premium anda akan dapat lebih nilai permainan.

Atau dengan model langganan (subscription), bermakna kalau anda bayar satu nilai, anda boleh bermain permainan tersebut selama sebulan atau setahun, ini biasanya digunakan oleh model permainan atas talian (online)

Image result for game shop

Tapi masalah dengan model lama ini adalah, ada tembok besar yang menghadang pembeli dengan produk oleh syarikat game. Iaitu tembok harga, yang mengaburi mata pembeli dari awal.

“Sebab apa aku nak keluarkan RM100 untuk beli game kau?” Tanya pembeli kepada syarikat gaming.

Maka syarikat gaming kena gencarkan pengiklanan untuk meyakinkan pembeli. Mereka perlu keluarkan duit. Atau mereka perlu dapatkan review yang bagus untuk meyakinkan pembeli. Duit lagi.

Model ini berkekalan untuk beberapa ketika sehinggalah datang model baru dalam dunia gaming, model free to play, yang diterajui oleh aplikasi yang sangat popular, Candy Crush Saga.

Model Free to Play dan Transaksi Mikro

Apabila permainan itu percuma, hilanglah tembok penghadang awal antara pembeli dengan produk tersebut. Maka makin ramailah pemain yang dapat akses kepada permainan tersebut berbanding model bayar dulu baru boleh main.

Tapi macam mana mereka buat duit?

Kalau anda pengguna yang tanya soalan ini, tahniah, anda boleh terselamat daripada dunia gelap industri game moden.

Untuk membuat keuntungan, game free to play perlukan dua elemen:

  1. Pemain yang banyak.
  2. Pembelian.

Kalau permainan itu percuma, dari mana datang pembelian? Mudah saja, dari dalam game itu sendiri, melalui satu istilah yang dipanggil transaksi mikro (micro transaction)

Maksudnya, game itu sendiri percuma untuk dimainkan, tapi dalam aplikasi tersebut akan dijual komoditi yang pelbagai.

f1cf52516d362bc8a8064f09cc1354839d59dcf8.png
Barang – barang yang boleh diperoleh dalam game melalui pembelian crate

Komoditi ini pula ada dua jenis, iaitu 1) yang tak mengubah corak permainan seperti prop – prop hiasan untuk meningkatkan estetik game, pisau warna – warni, baju, perisai kuda dan lain – lain.

knife.JPG
“Bukan pisau ni yang mak suruh hang beli!”

2) komoditi yang mengubah corak permainan dalam model bayar untuk menang (pay to win), iaitu item yang apabila dibeli oleh pemain menggunakan duit sebenar, akan dapat meningkatkan serangan dan pertahanan, menaikkan level atau dapat senjata – senjata lagenda berkuasa tinggi.

monocle.PNG
Atau monocle ini yang dijual dengan harga 70 dollar (RM 270). Buat apa simpan duit bayar PTPTN?

Jerat Transaksi Mikro

Anda mungkin fikir “eleh, mustahil aku akan keluar duit untuk benda – benda tu, aku main untuk suka – suka je”

Benar, pada permulaan sesi mungkin anda akan berfikir demikian. Namun perlu diketahui bahawa game f2p ini memang direka untuk menjerat pengguna sedikit demi sedikit.

Anda mungkin sudah meluangkan masa berjam – jam main aplikasi ini. Anda mula terikat, anda mula ketagih, dan ia menjadi mainan kegemaran anda dalam bilik air. Waktu itulah secara halus aplikasi tersebut akan perkenalkan tembok berbayar (paywall) dalam permainan anda.

Secara tiba – tiba anda tersekat berkali – kali dalam satu level. Bermacam – macam cara anda buat untuk menang, tapi tak dapat juga. Mata anda mula memandang pada kuasa bonus yang diletak cantik di tepi. “Kalau aku beli satu je kuasa ni, aku boleh menang level ni”, anda terfikir.

Image1.jpg

Kekalahan berkali – kali anda pula memanjangkan masa menunggu sebelum boleh meneruskan permainan untuk mempertahankan kampung anda dari diserang. Ketidaksabaran anda dieksploitasikan. Anda teringat anda sebenarnya boleh beli kuasa untuk potong masa menunggu.

waiting time 1.jpg

Atau anda mula bosan dengan grinding, iaitu bermain level yang sama berulang – ulang kali untuk naikkan experience dan kumpul matawang game, anda terpandang booster di tepi yang boleh cepatkan kemajuan anda.

Atau anda sudah tak tahan tengok watak utama comel anda mati berkali – berkali dengan bos yang entah kenapa lain macam kesusahan dia. Dan anda fikir pedang lagenda RM 20 itu je yang boleh selamatkan dia.

Image result for nolegs
Tapi … dia comell

Perangkap Mengena

Apabila anda akhirnya membuat keputusan untuk membuat pembelian pertama, walaupun dengan harga RM 1, anda sudah mencapai kehendak syarikat.

Sebab kajian menunjukkan apabila anda membuat pembelian pertama, anda akan terus didorong oleh dopamine untuk membuat pembelian – pembelian selanjutnya.

Sebab anda nak menang!

Sampailah anda berbelanja lebih dari harga penuh game tersebut. Seperti pemain ini yang keluarkan 1 juta dollar untuk game Clash of Clan.

coc 1 million.JPG
Alahai pak arab.

Tapi, kalau anda tak nak keluarkan duit macam mana? Ada satu lagi cara, anda mengeluarkan invitation mengajak kawan – kawan media sosial anda memuatturun dan bermain permainan tersebut.

Image result for farmville invitation

Bermakna, anda mengiklankan permainan tersebut secara percuma, secara organik tanpa bayaran.

Dan setelah anda berbelanja banyak, anda akan diberi gelaran ‘ikan paus’ atau ‘pemain bernilai tinggi’.

Apa yang akan diperlakukan kepada ‘pemain bernilai tinggi’ ini? Data mereka akan dijual kepada syarikat game yang lain untuk mereka iklankan produk mereka pula kerana mereka tahu, mereka adalah golongan yang paling mudah berbelanja.

whales.png
Sumber: venturebeat

Kesimpulan.

Jadi, adakah ini bermakna tak boleh langsung keluarkan duit untuk bermain permainan yang anda suka? Tidak juga, kadang – kadang mungkin kita sendiri yang tidak kisah keluarkan sebagai tanda sokongan kepada syarikat yang tinggi kualiti produksinya, atau sebagai sokongan kepada syarikat tempatan.

Yang penting, perlu jadi pengguna yang bijak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s