Tonton versi video di sini

Pernah tak kita rasa ada sesetengah peribahasa yang kita biasa guna, tapi dirasakan macam tak kena?

Rupanya atas beberapa sebab, ada beberapa kesilapan peribahasa yang diwarisi turun – temurun.

Artikel ini senaraikan 5 peribahasa Melayu yang selalu disalahgunakan.

1) Melepaskan Batuk di Tangga

Pernah tak kita terfikir, kenapa bila kita batuk di tangga, dikatakan tak cermat atau tak bersungguh – sungguh?

pb5.png

Adakah apabila seseorang itu nak batuk, dia kena cepat – cepat turun ke ruang tamu atau naik ke bilik tidur untuk dianggap cermat?

Itulah soalan yang ditanya oleh pengarang Utusan, saudara Johardy Ibrahim. Menurutnya, ejaan sebenar dalam pepatah ini adalah batok, dengan ‘O’.

Batok adalah tempurung kelapa yang dijadikan gayung untuk mencuci kaki di rumah Melayu lama.

batok.jpg

Jadi, apabila ia diletakkan di tangga, dan bukan tempat asalnya, maka terjadilah peribahasa yang menunjukkan kerja yang tak bersungguh, kerana menyusahkan orang seterusnya.

CWy9vG0UsAAoKdS.jpg
Karya: Lanun Ranggi

2) Harapkan pagar, pagar makan padi

Macam mana pagar makan padi?

pagar makan padi 1.jpg

Dulu sering dianggap bahawa peribahasa tersebut bermaksud pagar tersebut menghalang pertumbuhan padi, atau pagar itu jatuh menghempap padi dan jagung.

Tapi apabila kita ke jelapang padi, pelik juga, di mana pagar?

Rupanya yang dimaksudkan bukan pagar, tapi pegar, atau Lopura Ignita yang merupakan sejenis burung.

800px-Pheasant.jpg

Disebabkan burung ini memakan haiwan perosak di sekitar sawah, maka pesawah beri mereka kepercayaan untuk menjaga sawah. Namun rupa – rupanya pesawah tak mengetahui bahawa burung ini juga memakan padi. Maka terjadilah peribahasa ini disebabkan hilang kepercayaan pesawah.

Dipercayai bahawa kesilapan ini berlaku disebabkan penterjemahan jawi ke rumi, ditambah dengan fakta bahawa ramai orang yang tidak mengetahui kewujudan burung tersebut.

pgar3.jpg

****************************************************************

Pembetulan terhadap peribahasa yang popular ini bagaimanapun, agak kontroversi.

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kenyataan yang bertarikh 26/9/2017 mengatakan : “Berdasarkan Datuk Rahman Shaari dalam Sinar Online bertarikh 16 Disember 2014, peribahasa yang betul ialah “harapkan pagarpagar makan padi“. Peribahasa ini juga yang terakam dalam buku peribahasa, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu edisi kedua oleh Abdullah Hussain. Maka, melalui keterangan ini, isu peribahasa “harapkan pegar, pegar makan padi” tidak timbul lagi. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali bentuk asal peribahasa tetap dikekalkan. Sekian, terima kasih”.

DBP merujuk kepada kenyataan Datuk Rahman Shaari pada tahun 2014, walaupun selepas tarikh tersebut hingga sebelum September 2017, jawapan yang diberikan kepada pertanyaan tersebut adalah ‘tidak dipastikan’.

Menariknya, tulisan Datuk Rahman Shaari tersebut adalah respon balas kepada tulisan pengarang Utusan Johardy Ibrahim, yang mengatakan setelah sidang ridaksi Utusan bersama pakar bahasa, ia sudah disahkan.

Begitu juga tulisan daripada Munsyi Dewan Bahasa, Muhammad Daud pada tahun 2016 yang mengatakan “nenek moyang kita tidak sewenang-wenangnya mencipta peribahasa mengikut kemahuan sendiri”. Ini juga disokong melalui argumen penggunaan jawi oleh akademi Jawi Malaysia.

Bagaimanapun, nampaknya penggiat berita arus perdana rata – rata sudah menerima pakai peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ sebagai versi yang betul, menurut laporan – laporan yang terkini (2017 – sekarang). Versi peribahasa tersebut digunakan oleh  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam laporan freemalaysiatoday dan Utusan, laporan Malaysiakini, Khalid Samad menerusi laporan malaysiadateline, tajuk utama Harian Metro , Berita Harian dan Kosmo .

Bermakna, konflik dan kekeliruan peribahasa ini masih berlaku hatta di peringkat penggiat berita arus perdana dan pengamal bahasa. Mungkin akan ada penguatkuasaan oleh DBP?

3) Mata Keranjang

Ini juga adalah kesilapan yang dipercayai berpunca daripada terjemahan jawi ke rumi.

Keranjang adalah bakul yang dianyam daripada tumbuhan seperti rotan dan buluh.

Jadi apa pula maksud mata bakul?

keranjang.PNG
Comel juga.

Peribahasa ini menjadi lebih masuk akal jika dipisahkan ‘ke’ dengan ‘ranjang’, menjadi mata ke ranjang. Sebab ranjang bermaksud tempat tidur. Maka peribahasa ini boleh diasosiakan dengan lelaki yang melihat perempuan hingga dibayangkan ke atas ranjang.

Penjelasan ini boleh dirujuk pada buku ‘bahasa menunjukkan bangsa‘ karya Alif Danya Munsyi.

keranjang danya munysi.JPG

4) Saling Tak Tumpah

Buat pengetahuan, penggunaan peribahasa yang betul adalah ‘salin tak tumpah’ – yang bermaksud serupa benar.

salin.JPG

Ini disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Di mana, salin membawa maksud meniru, menekap, mendua.

5) Merah Padam

Peribahasa ini sebenarnya bukannya ditulis sebagai ‘merah padam’ sebaliknya merah padma, juga menurut Alif Danya Munsyi.

Padma merujuk kepada sejenis bunga teratai berwarna merah kemerahan, atau juga dipanggil teratai merah.

padma.png

Sedangkan maksud merah padam pula kabur. Kenapa dikaitkan merah dengan padam? Maka sekali lagi dijelaskan bahawa kesilapan ini bertitik tolak dari peralihan jawi ke rumi.

padma.PNG

————————————————————————————————————-

Kesimpulannya, peribahasa adalah khazanah peninggalan bangsa yang perlu dihargai, digunakan, dibincangkan dan dipelihara agar tidak luput ditelan zaman.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.