Tonton versi video di sini

Bahagian 1 di sini

Tak sangka ada beberapa ciptaan tradisi dunia Melayu yang kita anggap mudah dan biasa, tapi bila digali rupa – rupanya memiliki nilaian saintifik!

Artikel ini senaraikan 3 (lagi) pencapaian saintifik dunia Melayu yang kita mungkin tak tahu.

1) Tudung Saji

tudung saji 1.PNG

Selama ini kita menganggap tudung saji hanya untuk menutup makanan, tak nak bagi lalat hinggap. Tapi rupa – rupanya kelebihan tudung saji lebih lagi daripada itu, daripada segi kimia dan matematik.

Menuru Prof Muati dan Hospital az-Zahrah, tudung saji tradisional memiliki faktor penghalang makanan menjadi basi.

Iya  lah, dahulu mana ada peti ais. Namun, nenek moyang kita masih mampu mengekalkan kesegaran makanan secara tradisi dengan tudung saji.

Rahsianya, ketinggian dan kelebaran tudung saji memainkan peranan penting untuk memerangkap udara yang boleh mengekalkan keadaan dan suhu makanan, dengan syarat ia diperbuat daripada daun seperti daun pandan dan daun nipah.

tudung saji 2.PNG

Dan bukan itu sahaja kelebihan tudung saji. Penghasilan tudung saji juga mengagumkan dari segi matematik.

Rupa – rupanya corak anyaman geometri tudung saji dibuat dengan teknik spesifik yang dipanggil tenunan triaksial dan heksagon. Lantaran bentuk tudung saji sebagai kon 3 dimensi, corak mozek parallelogram simetri dianggap satu integrasi idea matematik dengan budaya tradisi anyaman tudung saji.

tudung saji 3.PNG

Corak anyaman tudung saji adalah satu topik kajian menarik dalam matematika group theory. Malah corak pembuatan tudung saji dilihat selari dengan penguasaan ilmu geometri dalam seni bina Islam.

2) Labu Sayung

labu-sayong.jpg

Labu sayung adalah sejenis bekas air yang diperbuat daripada tanah liat seperti belanga.

Kenapa namanya sayung? Kerana industri pembuatan labu sayung adalah di bandar Sayung.

Secara tradisinya, labu sayung digunakan untuk menyimpan air. Nenek moyang kita temui sifat pada material labu sayung yang menjadikan air simpanannya lebih sejuk dan lebih sedap daripada air yang disimpan dalam bekas – bekas lain.

Kenapa begitu? Menurut jurnal Universiti Putra Malaysia, tanah liat mempunyai liang – liang kecil yang dapat diresapi air, melalui proses rerambut (capillary action). Maka air pun akan mengalir menembusi liang sehinggalah ia sampai ke permukaan labu.

Titisan air tersebut kemudian akan menyejat keluar membawa bersama haba yang dikandungi air tersebut, menjadikannya lebih sejuk. Lebih kurang macam proses penyejukan badan melalui peluh.

sayung 1.PNG

Malah kajian moden berkaitan labu sayung turut mendapati labu sayung memiliki kebolehan untuk menyejukkan rumah.

sayung 2.PNG
5 unit labu sayung mampu menurunkan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius. 

3) Penapis Air Batu

Nenek moyang kita telah menyedari kepentingan air bersih lama sebelum bercambahnya bisnes penapis air moden.

Hal ini terbukti dengan ciptaan mereka, iaitu penapis air batu. Menurut Muzium Warisan Melayu, sistem penapis air yang digunakan Melayu dahulu dicipta seawal abad ke 19.

Konsepnya sama dengan penapis air moden.

Ia menggunakan batu pasir yang diukit menjadi bentuk yang dipanggil buju telur. Maka apabila air diletakkan ke dalam, ia akan keluar melalui pori – pori dan air akan menitis masuk ke dalam bekas.

Penapis air ini menjadi bukti orang Melayu dulu tak lah minum air terus dari sungai tetapi mereka memiliki kesedaran untuk meminum air bersih.

Agak – agaknya banyak lagi tak pencapaian saintifik warisan kita yang kita terlepas pandang? Hanya dengan kajian lah kita boleh mengorek balik capaian mereka dan mengembalikan jati diri anak bangsa.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.