Apa Itu Sistem Captcha?

Macam mana nak buktikan seseorang itu robot atau tak?

Soalan ini mungkin dengar macam pelik, tapi itulah masalah yang ditanya oleh syarikat gergasi, Google. Dengan hampir 2 billion pengguna, perkhidmatan atas talian Google sebenarnya bukan saja diakses oleh manusia, tapi juga robot.

google-g-suite-security-enterprise-corporate-cybersecurity-key-upgrade
*Guruh berdentum di belakang.

 

Bot – bot ‘Jahat’

robocog-1-300x300.png

Apa yang robot – robot ni buat?

Apabila anda taip di enjin carian, biasanya anda hanya akan pilih keputusan yang teratas, yang disusun berdasarkan ranking. Keputusan carian yang ke belakang biasanya diabaikan. Bot – bot ini boleh digunakan untuk menaikkan ranking satu laman web.

 

carian 3.JPG
Carian yang paling atas je yang biasa orang klik. 

Bot – bot ini juga digunakan untuk letak komen –  komen iklan, beri jumlah like yang tinggi tak masuk akal dan memanipulasi undian online. Kalau syarikat anda sediakan sistem newsletter dalam laman sesawang anda, bot – bot boleh melumpuhkan sistem anda dengan menghantar ribuan emel seminit.

spam bot 2.png
Contoh spambot di Youtube.

Datanglah Sistem Captcha

Untuk menghentikan semua bot ini, maka sistem captcha pun diperkenal.

Anda pernah diminta taipkan perkataan – perkataan yang dipesongkan sebelum boleh akses laman web? Hah itulah CAPTCHA.

What-is-captcha-735x400.jpg
Contoh CAPTCHA

CAPTCHA ataupun Completely Automated Public Turing Test to Tell Computers and Humans Apart ini adalah satu ujian untuk bezakan robot dengan manusia.

CAPTCHA ini adalah latihan untuk robot, untuk membezakan manusia dengan robot. Kalau dulu melalui ujian Turing, manusia yang kena buat ujian tersebut. Sekarang kerja tersebut diberi pada robot.

Ujian Captcha yang meminta pengguna menaip grafik yang terkandung tulisan yang dipesongkan ini tak mampu diselesaikan oleh robot. Jadi kalau anda mampu selesaikan, tahniah, anda manusia!

senamg.JPG

susah
Manusia boleh selesaikan Captcha dengan senang. Robot pula tak mampu.

Ai, Lecehnya.

Sistem Captcha ini walaupun berguna dan berkesan, tapi ia juga hadapi masalah. Ia adalah sistem yang dibenci oleh sekalian pengguna internet.

Untuk pengguna yang alami masalah penglihatan Captcha adalah halangan besar untuk mereka. Solusi cuba diberi dengan wujudkan pilihan audio. Tapi inilah bunyinya…

Sistem ini juga tidaklah kebal 100% daripada robot tapi sebaliknya. Penggodam dan spammer sentiasa hasilkan bot – bot yang lagi rumit untuk selesaikan captcha, hasilnya mereka berjaya tembusi berkali – kali.

Maka Google (pihak yang membeli sistem captcha) terpaksa melawan dengan menambah kerumitan captcha. Mereka gunakan perkataan yang lagi kompleks, herotkan, kaburkan dan letakkan latar belakang untuk menyukarkan bot untuk pecah masuk.

difficult-captcha.jpg
????

Namun, ironinya dengan Google menyulitkan sistem Captcha tersebut, manusia pula yang sukar selesaikan dan bot pula yang dapat lebih banyak akses.

Itu belum lagi dikira masalah manusia yang membisneskan aktiviti menyelesaikan captcha ini. Orang akan bayar pihak ketiga untuk selesaikan captcha untuk mereka, dan pihak ketiga tersebut akan hantar captcha ke ladang captcha seperti di India untuk diselesaikan dengan bayaran yang murah, 1000 captcha untuk satu dollar.

Captcha Generasi Baru

Maka lantaran masalah – masalah ini, Google kemudian perkenalkan sistem baru, no Captcha re Captcha

Dengan sistem ini, anda cuma perlu klik pada kotak untuk Google sahkan anda adalah manusia, dengan jaminan bahawa ia lebih senang dan selamat. Tak perlu lagi menaip!

recaptcha_anchor2x.jpg
Klik untuk buktikan anda bukan robot.

Macam mana sistem ini berfungsi? Ia menggunakan enjin analisis risiko dan analisis tabiat.

Sebaik saja anda tekan klik pada kotak, maklumat yang pelbagai akan dihantar kepada Google untuk mereka sahkan anda sebagai robot atau manusia. Google akan analisa alamat IP anda, sejarah internet anda, macam mana anda skrol laman tersebut, pergerakan tetikus anda dan beberapa faktor – faktor lain yang dirahsiakan.

google.gif
Yup. Google tahu semua tu.

Apa akan jadi kalau aktiviti internet anda meragukan? No captcha recaptcha akan minta anda selesaikan masalah lanjutan seperti ini.

imagechallenge1.png

Dan itulah cara anda boleh dipastikan sebagai robot atau manusia.

Sijil.png
Tahniah!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s