Siapa pernah tengok jadual ini?

Image result for the ascent of man

Diagram yang dipanggil ‘The Ascent of Man’ ini adalah antara gambaran yang paling popular dalam sains, untuk menggambarkan proses evolusi manusia. Berasal daripada fahaman Darwinisme yang diasaskan Charles Darwin, diagram ini menunjukkan bahawa seolahnya manusia berevolusi secara linear daripada satu keturunan beruk.

Kini, diagram ini ditolak oleh saintis malah oleh mereka yang menyokong Darwin sendiri. Gambaran yang dibuat pada tahun 1960 – an ini memainkan banyak andaian yang ternyata salah malah mendatangkan kesalahfahaman terhadap evolusi.

Namun, sejarah yang mendatangkan pemikiran evolusi manusia ini menampilkan sisi gelap teori sains Darwinisme yang tersangat rasis.

Manusia yang Dikurung dalam Zoo

Ota Benga adalah lelaki dari Congo berbangsa pigmi. Satu hari, setelah balik dari berburu gajah, Ota dapati isteri dan anak – anaknya mati dibunuh oleh kerajaan Belgium yang melancarkan aktiviti keganasaan terhadap ‘orang asli yang lebih rendah taraf evolusi mereka’. Ota kemudian ditangkap dan diperhambakan.

Image result for ota benga

Dia setelahnya dibeli dan ditayangkan di dalam pameran St Louis World’s Fair  di Amerika sebagai ‘orang gasar yang tidak bertamadun’. Pameran tersebut adalah cita – cita W.J McGee yang menghendaki satu demonstrasi saintifik berkaitan evolusi manusia.

Maka McGee meminta ‘orang yang berkulit paling hitam’ untuk dibandingkan dengan ‘mereka yang berkulit putih’ dan ‘mereka yang mengamalkan budaya paling primitif’ dibezakan dengan mereka yang ‘paling tinggi nilai budaya’.

Hal ini tidaklah begitu pelik 100 tahun lepas, kerana kepercayaan saintis yang sangat popular pada waktu itu adalah orang hitam adalah bangsa yang lebih rendah berbanding orang putih. Pemahaman Darwinisme membawa kepada kepercayaan bahawa sesetengah bangsa lebih hampir dengan beruk, maka lebih rendah taraf mereka. Orang hitam dianggap berevolusi dari gorilla yang kuat tapi tak cerdik, orang Timur berevolusi dari Orang Utan, dan orang putih dari beruk yang paling bijak, cimpanzee.

Lantaran pemikiran ini, Ota kemudian ditayang dan dipamerkan dalam sangkar monyet dalam zoo di Bronx, dan dianggap sebagai ‘rantai penyambung‘ antara manusia dan keturunan monyet. Ota sememangnya menarik perhatian banyak pengunjung yang menanyakan sama ada dia monyet atau manusia.

ota benga dan orang utan

Bantahan

Pameran yang digunakan sebagai bahan bukti bahawa orang kulit hitam adalah bangsa yang lebih rendah mendorong kemarahan mereka. Reverend Gordon mengatakan “Bangsa kami telah cukup terhina walau tanpa membuat pameran tersebut. Kami merasakan kami layak dianggap manusia yang miliki jiwa”.

Ada sesetengah menteri yang menentang teori evolusi tersebut dengan mengatakan bahawa teori tersebut bertentangan dengan ajaran Kristian dan pameran tersebut mesti dihentikan. Namun pandangan agama dianggap tiada nilai terhadap evolusi kerana teori tersebut dianggap ‘tidak boleh diperdebatkan seperti mana jadual pendaraban’.

Pengakhiran Hidup yang Menyedihkan

Ota Benga kemudian dibenarkan keluar daripada Zoo dan diambil untuk tinggal dalam rumah anak yatim. Hidupnya mula bertambah baik. Dia diberikan pakaian ala Amerika dan diajar bahasa Inggeris.

Kemudian dia mula merindukan kampung halamannya di Africa. Tapi setelah berlangsungnya Perang Dunia Pertama, tertutup jalan untuknya pulang ke Congo. Ota mula merasa tertekan.

Pada 20 Mac 1916, pada usia 32 tahun, Ota Benga menyalakan api upacara, dan menembak dadanya dengan pistol yang dicuri.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.