5 Kerjaya yang Bakal Terselamat Daripada Diganti Robot

Pertambahan automasi robot miliki pelbagai kelebihan, seperti peningkatan produktiviti. Tetapi keburukan yang utama adalah pekerja kini bimbang nasib kerjaya mereka yang mungkin tidak lagi relevan beberapa dekad yang mendatang.

Image result for robot domination

Kajian terbaru menunjukkan generasi milenial memilih kerjaya yang ‘kebal masa depan’, yang berkemungkinan kecil akan diambil alih oleh mesin. Namun ia tidak menghilangkan kebimbangan peluang kerjaya mereka akan tetap ‘dicuri’ oleh robot.

Artikel oleh Independent menyenaraikan beberapa cabang kerjaya yang paling berkemungkinan terselamat daripada dikuasai mesin. Kebanyakan kerjaya yang disenaraikan melibatkan aspek yang sukar untuk diambil alih mesin seperti pengurusan sumber manusia, aspek membuat pilihan, perancangan strategik atau kerja kreatif.

Berikut adalah 5 kerjaya yang bakal terselamat daripada diganti robot.

1. Chef

Image result for chef wan

Orang akan sentiasa menyukai perasaan makan malam di luar dan mencuba rencah rasa yang baru. Tanpa chef yang miliki deria rasa, menu baru yang inovatif mungkin tidak dapat dicipta.

Sebuah robot tidak akan mampu menggabungkan kemahiran manual dengan kreativiti seperti mana yang mampu dilakukan oleh seorang chef.

2. Pemasaran, Komunikasi dan Pereka Bentuk

Image result for marketing

Mesin tidak berkemampuan berfikir secara kritikal, atau mendatangkan idea – idea baru yang menarik. Maka aspek kreativiti mungkin mampu terselamat pada masa hadapan.

Pekerja yang mereka bentuk sebagai pilihan kerjaya mereka, atau mereka yang hidup dengan idea, bahasa dan imej berkemungkinan terselamat daripada automasi kerana mesin tidak berfungsi seperti manusia. Belum lagi.

3. Ahli Perubatan Profesional

Image result for doktor

Sesetengah peranan tidak akan diambil alih oleh mesin untuk jangka masa yang lama – atau mungkin tidak mungkin – kerana mereka memerlukan interaksi manusia. Ahli perubatan profesional terletak pada kategori ini. Rawatan memerlukan kemahiran komunikasi dan interpersonal yang ampuh, yang tidak mungkin dapat diberikan oleh mana – mana mesin.

4. Pendidikan dan Latihan

Image result for cikgu

Kerjaya perguruan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Model pendidikan yang melibatkan seseorang memperoleh ilmu secara langsung daripada seorang guru manusia lebih efisien berbanding belajar secara sendirian. Ditambah dengan keperluan seorang guru untuk mengajarkan bahasa kepada pelajar – pelajar dari negara luar.

Fenomena robot mengajar di hadapan kelas mungkin tidak akan berlaku. Mungkin.

5. Saintis Data

Image result for data scientist

Permintaan terhadap kerjaya saintis data kini sedang meningkat dan berkembang. Tak banyak yang mesin boleh lakukan terhadap algorithma dan kod. Orang – orang yang mampu menggabungkan kemahiran saintifik mereka ditambah dengan kebolehan mencari cerita – cerita tersembunyi di balik timbunan data adalah kemahiran yang sangat berguna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s