Rasa kasihan tengok generasi baru sekarang.

Bayangkan apa perasaaan anda bila ‘poster boy’, wakil keluaran generasi anda yang paling terkenal adalah golongan lepasan SPM berlagak pondan, yang tak puasa sebab tak alang – alang tak solat?

Sedangkan generasi yang sama juga baru – baru ini beri negara kita johan dunia dalam pertandingan nuklear peringkat antarabangsa.

generasi

Itulah hakikat zaman sekarang. Kebodohan itu terjual, malah laku teruk. Dengan penguasaan media – media baru yang beri semua orang peluang untuk hasilkan bahan media sendiri, bermakna siapa – siapa saja boleh popular.

Malangnya, golongan – golongan yang paling meletup naik adalah ikon – ikon kedunguan. Danielle Bregoli, Jake Paul, Lil Tay antara yang melonjak popular hanya bermodalkan aksi – aksi bodoh. Mereka mampu hasilkan content dengan kadar yang sangat banyak, hampir satu video sehari, kemudian kaut pengikut yang banyak. Majoritinya budak sekolah rendah dan remaja.

Arus kebodohan ini berganda – ganda bila mereka jadi kaya raya dengan paid review, sponsors, anak – anak ambil kad kredit mak ayah untuk derma pada mereka. Jadilah aksi mereka makin lama makin menjengkelkan, sebab itu demand penonton mereka. Kemudian bergasak pula orang – orang buka akaun Youtube, Insta, Bigo baru untuk cuba nasib mereka, dengan menawarkan aksi lebih bodoh.

Tapi itu bukanlah perkara paling menakutkan. Yang paling menyeramkan bila mereka ni tak ada langsung persaingan dalam media baru. Sebab sedang mereka ni sangat konfiden hasilkan content, orang – orang cerdik kita pula terlampau banyak keraguan.

“The problem with the world is that the intelligent people are full of doubts, while the stupid ones are full of confidence.” – Charles Bukowski.

Saintis – saintis kita, orang – orang akademik sangat tak mahu untuk ke hadapan. Idea – idea mereka cukuplah cuma diterbit dalam majalah, jurnal sofistikated dengan tajuk canggih manggih yang entah ada orang baca atau tak. Cukuplah terawang dalam dunia akademik. Nak tunjuk muka dalam media sosial, persembah dan bumikan idea mereka kepada marhaen jauh sekali.

Maka jadilah golongan semacam pondan tak sembahyang hero anak muda, puluhan ribu followers. Sebab orang – orang cerdik kita terlalu selesa berterbangan di awangan ‘dunia akademik’.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.