Kenapa Kadang – Kadang Kesesakan Trafik Jadi Tanpa Sebab?

Kita mungkin biasa hadapi perkara ini. Kita bawa kereta atas lebuh raya, kereta tak banyak, pergerakan lancar, cuaca tenang…

Kemudian tiba – tiba nun di kejauhan ternampak kelibat kenderaan beratur panjang. Anda kini tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Beberapa puluh minit berlalu namun trafik masih lagi tak terurai.

“Mesti ada kemalangan teruk dekat depan ni, harap – harap selamat lah mangsa – mangsa” Fikir anda yang dah pasti punyai iman yang tinggi. Kalau tak cukup iman, lain pula lah skripnya.

Namun beberapa minit kemudian kereta di depan tiba – tiba bergerak laju. Anda lihat kiri dan kanan, tak ada apa – apa. Tak ada kemalangan, tak ada pokok tumbang. Trafik kemudian kembali lancar.

“APA KES NI, APA PUNCA???” Soal anda sambil memecut minyak, sambil beristighfar panjang … kan?

THUMBNAIL.png

Apa Penyebab ‘Trafik Hantu’ Ini?

Hakikatnya, kesesakan trafik tak bersebab ini memang boleh terhasil tanpa sebab musabab yang besar semacam kemalangan atau jalan raya rosak. Cukup dengan fitrah perangai manusia.

Dalam aliran trafik, terutama dalam trafik padat yang dipenuhi kereta, satu gangguan yang kecil akan menghasilkan reaksi berantai (chain reaction). Satu kereta menekan brek sedikit, maka kereta di belakang akan menekan brek lebih banyak untuk mengelak berlanggar, yang kemudian menghasilkan gelombang trafik yang perlahan atau terhenti langsung.

kekacauan pada trafik boleh mengesani keseluruhan aliran.

Walaupun setelah kereta di hadapan meninggalkan kesesakan tersebut, gelombang tersebut tak hilang. Ia akan berterusan bergerak ke belakang, seolah – olah pergerakan ular yang merintang trafik. Biasanya panjang gelombang tersebut 100 ke 1000 meter, tapi boleh jadi panjang lagi.

Gelombang kesesakan bergerak macam ular.

Punca kepada terhasilnya gelombang tersebut tak lain adalah perangai – perangai atas jalan seperti kereta (biasanya dari KL, isyh korang ni) yang menukar laluan secara tajam (dah la tak bagi isyarat!) sehingga pemandu di belakang terpaksa brek mengejut, pemandu menekan brek setelah termenung sejenak, dan lori yang memotong lori lain. Kadang – kadang trafik berjam – jam boleh jadi disebabkan seorang saja pemandu.

Kekacauan trafik disebabkan kereta yang potong laluan secara mengejut.

Namun boleh jadi gelombang trafik ini terhasil tanpa sebab langsung. Ia terhasil daripada pergerakan – pergerakan dinamik rawak yang kecil yang akhirnya menghasilkan impak yang besar.

Penyelidik dari Jepun pernah kendalikan eksperimen di mana 22 pemandu diminta membawa kereta pada kelajuan yang sama, dan mengekalkan jarak antara kereta, di atas jalan raya rata berbentuk bulat.

Tak semena – semena, tanpa angin ribut atau serangan Godzilla, tetap terjadi kesesakan lalu lintas.

Jadi, Apa Penyelesaiannya?

Nak tak nak, solusinya terletak pada perubahan sikap manusia. Pemandu mesti pastikan jarak kereta mencukupi supaya tak berlaku situasi brek mengejut. Jangan tukar laluan tanpa sebab. Pastikan perlahan di kiri, laju di kanan, kongsi artikel ini untuk tingkatkan kesedaran semua orang.

……..

Atau jangan langsung harap manusia berubah (Sebab tak pernah berkesan pun). Kita ambil perubahan radikal, kita guna kereta tanpa pemandu.

Sebab kereta tanpa pemandu boleh berkomunikasi sesama sendiri untuk tentukan halaju secara seragam, boleh kekalkan kelajuan konsisten, dan dapat analisa data trafik dalam milisaat untuk elakkan kesesakan. Kalau semua orang guna kereta tanpa pemandu, kita tak perlukan lagi dah lampu trafik.

Keadaan trafik kalau semua guna kereta tanpa pemandu.

Itupun kalau kita tak kisah robot ambil alih dunia kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s