Sejarah jawi adalah cerita sedih buat kita.

Jawi sebati dengan orang Melayu selama hampir seribu tahun. Adanya batu bersurat Terengganu menjadi lambang kemegahan tulisan keramat kita ini. Tulisan rumi baru digunakan 50 tahun.

Sultan – sultan Melayu hantar surat kepada Raja Portugal, England dan Perancis guna tulisan jawi. Ulama – ulama kita tulis kitab – kitab hebat warisan Nusantara guna tulisan jawi. Punyalah sayang orang Melayu dengan tulisan jawi sampai mereka panggil diri mereka orang jawi, bangsa jawi dari tanah jawi.

Tapi sekarang hilang sudah identiti gah ini dari bangsa Melayu.

Ceritanya hampir sama dengan bahasa Arab. Dulu bahasa Arablah bahasa rasmi untuk sains. Orang Eropah kemudian terap ilmu – ilmu saintifik Arab ke dalam bahasa Latin. Martin Kramer kata kalau ada anugerah nobel pada tahun 1000, golongan yang akan bolot habis semua anugerah tak lain adalah Muslim.

Sekarang lebih 90% terbitan sains seluruh dunia adalah dalam bahasa Inggeris. Kertas akademik yang dikeluarkan Harvard lagi banyak daripada jumlah keseluruhan yang dikeluarkan 17 negara Arab.

Akan jadi kenyataankah ramalan Prof Kong Kyoung Seok bahawa jawi akan pupus 10 – 20 tahun lagi?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.