Pernah dengar cerita Pinocchio? 587b56fa44060909aa603aa4.png

Pinocchio adalah cerita tentang anak patung kayu yang apabila menipu, hidungnya akan memanjang.

Pernah tak terfikir, apa akan jadi pada hidung pinocchio jika dia sebut

“Saya sedang menipu sekarang”

menipu 2.png

  • Kalau Pinocchio cakap benar, jadi hidung dia tak memanjang lah.
  • Tapi bermakna betullah Pinocchio tengah menipu, jadi hidung dia perlu memanjang.
  • Tapi dia bercakap benar…

 

  • Kalau Pinocchio menipu dengan kenyataan dia, maka hidung dia akan memanjang.
  • Tapi maksudnya dia sedang menipu bahawa dia menipu.
  • Maksudnya dia bercakap benar. Jadi hidung dia patut memendek lah.
  • Tapi dia menipu….

Jadi apa hidung dia nak buat??

Image result for pinocchio paradox
“Entahlah. Orang yang cipta aku ni tak fikir panjang ke?”

Situasi sebegini adalah apa yang kita panggil sebagai paradoks.

Paradoks adalah satu kenyataan yang seolah – olah mencanggahi dirinya sendiri, atau tak mampu diselesaikan dengan logik dan tak masuk akal. Dan biasanya paradoks akan menghasilkan situasi yang membingungkan kepala.

Contoh – contoh Paradoks

Ada banyak paradoks yang popular sepanjang zaman. Berikut adalah beberapa daripadanya

1. Paradoks Pengembaraan Masa

Katakan anda mencipta mesin masa dan kembali ke zaman silam. Kemudian anda cari datuk anda yang masih bujang, dan anda bunuh dia!

Apa yang akan berlaku seterusnya?

Disebabkan anda bunuh datuk anda, maksudnya mak atau ayah anda tak lahir. Maka anda pun tak lahir.

pengembaraan masa overall.PNG

Kalau anda tak lahir, macam mana anda nak bunuh datuk anda?

Paradoks ini adalah masalah yang menghantui banyak cerita pengembaraan masa.

2. Paradoks Bangsa Penipu

Seseorang yang berbangsa X mengatakan semua bangsa X sebagai penipu.

bangsa x 1.png

Tapi dia juga berbangsa X, jadi dia pun menipu. Maksudnya kenyataan dia bahawa bangsa X adalah penipu adalah satu penipuan. Bermakna bangsa X bangsa yang bercakap benar.

bangsa x 2.png

Kalau macam tu benarlah kenyataan dia bahawa bangsa X penipu…

Hah lain kali jangan rasis dengan bangsa sendiri.

3. Paradoks Fermi

Dalam sains juga ada paradoks, contohnya paradoks yang popular dalam astrofizik yang menjadi hujah untuk buktikan bahawa makhluk asing tidak wujud, iaitu paradoks fermi.

Ringkasnya, kalau alam semesta tersangat besar, dan ada berbilion – bilion bintang yang berusia berbilion tahun, kenapa kita tak jumpa langsung apa – apa kesan alien? Mana mereka semua?

Persoalan ini membawa kepada penafian kewujudan alien.

4. Objek – objek Mustahil.

Selain itu ada juga paradoks yang pelbagai dalam bentuk lukisan dan gambaran.

Imej – imej yang membingungkan dan tak masuk akal ini kita panggil sebagai objek – objek mustahil.

impossible objects.png

Jenis – jenis Paradoks

Jadi, kita bolehlah katakan paradoks sebagai masalah – masalah yang memeningkan kepala dan tak masuk akal, tapi adakah semua paradoks ini tak boleh diselesaikan?

Jawapannya tak juga. Ahli falsafah Willard Quine membahagikan paradoks kepada tiga jenis:

1) Paradoks Antinomi

Paradoks antinomi adalah paradoks yang mendatangkan krisis pemikiran, yang mencanggahi dirinya sendiri, dan hanya boleh diterima kalau kita menolak cara kita berfikir.

Antinomi adalah paradoks yang betul – betul paradoks, seperti paradoks Pinocchio dan paradoks mesin masa tadi. Paradoks – paradoks ini mungkin tak akan boleh diselesaikan.

2) Paradoks Veridikal

Paradoks veridikal adalah paradoks yang pada mulanya mendatangkan kejutan dan tak masuk akal, tapi sebenarnya boleh diselesaikan kalau kita fikir panjang.

Contohnya seorang lelaki yang mengatakan dirinya berumur 21 tahun, tapi baru sambut 5 hari jadi.

Ini mungkin dengar macam tak masuk akal, paradoks!

Tapi masalah ini diselesaikan dengan penjelasan bahawa lelaki tersebut lahir pada 29 Februari tahun lompat, yang datang cuma 4 tahun sekali.

3) Paradoks Falsidikal

Paradoks falsidikal ini dengar macam paradoks, tapi hakikatnya salah sebab kesalahan pada premis.

Contoh kalau orang tanya “kalau Tuhan cipta semua benda, maka apa sebelum Tuhan?”

Sekali dengar macam paradoks yang tak boleh diselesaikan, tapi kesalahan pernyataan ini sebenarnya adalah pada perkataan ‘sebelum’.

Konsep ‘sebelum’ datang daripada konsep masa. Kalau tak ada masa, tiada konsep sebelum dan selepas.

Tuhan pula adalah pencipta masa. Maka konsep ‘sebelum’ tak terpakai pada Tuhan yang mencipta masa. Maka soalan itu salah. Seolahnya seperti orang yang bertanya “Kalau makanan ini dimasak oleh tukang masak, maka siapa yang masak tukang masak?”

Kesimpulan

Ringkasnya, memahami perihal paradoks agak penting dalam menyampaikan idea dan buah fikiran, agar tak mudah terperangkap dalam kebingungan.

Jangan biarkan diri anda diselubungi paradoks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.