Subjek matematik mungkin subjek yang paling kurang digemari oleh ramai pelajar. Banyak cara cikgu – cikgu dan mak ayah guna untuk ‘paksa’ anak – anak mereka suka dengan subjek ini.

Image result for komik doraemon matematika
… Dulu belajar matematik dengan baca komik Doraemon. Eh, baguslah isi dia!

Namun kadang – kadang sukanya kita dengan sesuatu subjek boleh terlahir dengan penghargaan terhadap sumbangan – sumbangan manusia – manusia hebat dalam sejarah. Mereka kerah peluh, keringat dan darah untuk bidang ilmu yang mereka cintainya.

Bagi yang beragama Islam, lebih – lebih lagi perlu ditanam rasa suka terhadap matematik apabila mengetahui sumbangan sarjana – sarjana Islam terhadap bidang ilmu ini.

Berikut adalah beberapa daripadanya.

1) Al – Jabar (algebra)

Aljabar diasas al-Khawarizmi untuk menyelesaikan masalah zakat, fara’id dan urusan perniagaan. Istilah mal, jazr, ka`b dan seumpamanya diambil daripada istilah umat Islam yang kemudiannya disebut di Eropah sebagai quadratic, root dan cube. Istilah tersebut mempunyai sistem nilai Islam yang menunjukan falsafah ilmu berkenaan.

Image result for al khawarizmi
“Apa maksud kamu pelajar masa depan benci saya?”

2) Trigonometri

Ilmu trigonometri diasaskan oleh rangkaian al-Tusi, Abu’l-Wafa al-Buzajani, dan al-Kashi dengan penakrifan fungsi sin (sine), kosin (cosine) dan tangen (tangent).

Lahirnya trigonometri adalah untuk selesaikan masalah – masalah berkaitan dengan kajian falak syar`i yang mengkaji tentang takwim solat, kalendar, gerhana dan pentarikhan.

Image result for falak islam
“Pakai serban besar – besar tu sebab tak nak ilmu bocor kan?” 

Kajian trigonometri sarat dengan latar belakang fiqh Islami. Demikian pula kajian trigonometri sfera yang diasas oleh al-Biruni bertujuan untuk menentukan arah kiblat serta aktiviti pelayaran umat Islam khususnya pelayaran jamaah haji ke Tanah Suci Makkah.

Dalam hubungan yang sama, alBiruni mengasas ilmu atlas kartografi dengan lakaran peta di atas glob dengan koordinat tempatan untuk merujuk kedudukan sesuatu tempat berasaskan koordinat Makkah.

Al-Biruni mengasas bidang penghampiran secara interpolasi pula berkaitan dengan usaha untuk mendapatkan nilai sin(1°) dengan tepat. Dalam suasana yang sama, Sama`wal al-Maghribi dan al-Kashi memulakan penulisan pecahan perpuluhan untuk mencari ketepatan nilai π hingga 18 angka bermakna dalam usaha mengira jisim langit dengan tepat.

3) Logaritma

Kajian logaritma dilakukan oleh Ibn Hamzah al-Maghribi dengan menghubungkannya dengan songsangan fungsi eksponen serta menukarkan operasi pendaraban kepada penambahan berdasarkan pengembangan sin(α+β). Kajian ini dilakukan dengan penuh sistem nilai masyarakat Islam menyelesaikan masalah mereka.

Pemalsuan Sejarah

Sumbangan tokoh – tokoh Islam dalam bidang matematik secara khusus dan keilmuan lain secara umum cukup banyak dan memberi impak besar sehingga akhirnya mencetuskan Renaissance di Barat.

Uniknya, Islam sahaja agama yang mencetuskan penganutnya untuk meneroka ilmu sains dan matematik sebagai tuntutan khusus agama.

“Dalam Islam, tidak dalam agama lain,” ahli sejarah David King mengatakan “Pelaksanaan pelbagai ibadat dibantu oleh prosedur – prosedur saintifik”.

Namun hakikat ini seolah disembunyikan dalam teks sejarah matematik yang popular. Hal ini kerana pencetak buku sejarah Barat menghapuskan fakta sejarah tersebut khususnya yang melibatkan umat Islam.

Dalam konteks pemalsuan fakta sejarah itu, nama-nama barat sering digunakan untuk menggantikan nama ahli matematik Muslim yang mengasas beberapa bidang utama matematik.

Barat tidak gemar mengiktiraf pencapaian tamadun lain, lalu dalam hubungan ini penulis Barat menggantikan nama Newton sebagai pengasas kalkukus untuk menggantikan nama al-Kindi misalnya dan sekali gus menghapuskan kaedah interpolasi al-Biruni untuk digantikan dengan nama kaedah Newton-Raphson.

Mereka turut menggantikan nama Ibn Hamzah al-Maghribi dengan Lord Napier atau Briggs dalam logaritma dan menggantikan nama Abu’l-Wafa dengan Rogiomantamus sebaagi pengasas bidang trigonometri.

Maka sayanglah jika kita biarkan saja sejarah ini dipadamkan, dan diganti pula dengan sejarah penjajah yang mahu kita rasa terkebelakang!

Rujukan :Epistemologi, falsafah dan etnomatematik: ke arah kesepaduan kuantitatif dan kualitatif- Dr Mat Rofa

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.