Sekolah Tahfiz sering kali menjadi mangsa pertikaian segelintir pihak. Dikatakan, sekolah ini tidak menyumbang kepada masyarakat, melahirkan masyarakat jumud, tiada fungsi, tiada masa depan dan sebagainya.

Bagi pengkritik, usaha pemeliharaan Quran dianggap tidak berfaedah. Namun hakikatnya, hafalan Quran adalah keajaiban dunia moden. Tiada buku dalam sejarah yang mendapat penghargaan dihafal seluruhnya oleh jutaan orang di muka bumi. Tahfiz wujud hatta di perkampungan terpencil di Afrika.

Kekalnya tradisi tahfiz ini zaman – berzaman di pelbagai ceruk dunia membolehkan umat Islam mengatakan dengan yakin tentang mukjizat pemeliharaan Quran. Tiada agama di dunia yang mengatakan dengan yakin ayat di bawah berkaitan kitab suci mereka:

“Jika seluruh salinan Quran, hardcopy atau softcopy, di muka bumi dihapuskan, umat Islam boleh mendatangkan salinan tepat 100% dalam masa beberapa jam!”

Ini adalah hasil sumbangan institusi tahfiz yang bertitik tolak sejak zaman Nabi Muhammad.

Namun begitu, hakikatnya selain hafazan kitab al Quran, sekolah tahfiz telah melahirkan beberapa pencapaian membanggakan dari aspek duniawi – berikut sebahagian daripadanya.

1Melahirkan Tokoh Akademik Terkenal Antarabangsa

Image result for afifi al akiti
Dr Afifi al Akiti, pensyarah Oxford berpendidikan pondok.

Antara tokoh akademik terkenal keluaran tahfiz pondok adalah Dato’ Dr Afifi al Akiti – yang merupakan pensyarah pengajian Islam di Fakulti Teologi, Oxford.

Dr Afifi tersenarai dalam 500 Muslim paling berpengaruh sejak tahun 2010.

2Mengeluarkan Produk Genius Matematik peringkat Dunia

Dua pelajar tahfiz dari Malaysia telah mencatat kejayaan membanggakan apabila merangkul pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia ke – 14 pada tahun 2017.

9b87
Jad Harris (kiri) dan Najmi Asyraf

Pertandingan yang menghimpunkan ramai pelajar dari seluruh dunia tersebut berlangsung di Manila, Filipina pada 22 dan 23 April tahun lalu.

Jad Haris Sabaruddin, 12, dari Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub (MATTARY) dan Najmi Asyraaf Abdul Halim, 10, dari Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hasan yang mewakili pasukan Sarawak menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi pingat emas di kejohanan itu, dan menjadi kebanggaan hasil didikan tahfiz.

3Menghasilkan Tokoh Profesional

Siapa kata golongan Hafiz tiada peluang dalam bidang profesional?

Ramai pelajar lepasan tahfiz menjadi teknokrat dan profesional dalam pelbagai bidang seperti kedoktoran, kejuruteraan dan bidang profesional lain. Ramai juga menjadi pimpinan utama negeri dan negara malah berjaya memimpin masyarakat dalam sektor kerajaan, jabatan, NGO, seperti yang dilaporkan dalam Sinarharian.

Malah, terdapat platform Professional Huffaz (PROFAZZ) yang khas menggabungkan dua elemen profesional dan huffaz.

[td_smart_list_end]

Menariknya, PROFAZZ ini terajui oleh 5 adik – beradik yang semuanya menghafal Quran, dan semuanya memegang jawatan profesional seperti doktor, peguam, jurulatih motivasi dan pengurus syarikat.

4Mengasuh juara Debat

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) membuktikan arena debat bukanlah dunia yang mustahil buat pelajar tahfiz apabila merangkul piala Menteri Besar Pahang, lantas membawa pulang RM 3000 wang kejuaraaan.

5Melahirkan Pencipta Muda Peringkat Antarabangsa

TIGA pelajar tingkatan empat Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) memenangi Anugerah Pingat Emas hasil Duo Jeli Madu. Inovasi ini menarik perhatian juri dalam pertandingan akhir Anugerah Pencipta Muda Antarabangsa Ketiga (IYIA) di Dewan Konvensyen Surabaya, Indonesia.

Pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang menang anugerah emas Anugerah Pencipta Muda Antarabangsa Ketiga

TIGA pelajar tingkatan empat Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) memenangi Anugerah Pingat Emas hasil Duo Jeli Madu. Inovasi ini menarik perhatian juri dalam pertandingan akhir Anugerah Pencipta Muda Antarabangsa Ketiga (IYIA) di Dewan Konvensyen Surabaya, Indonesia.

Ciptaan Jeli Madu Tinggi Antioksida mereka mampu merawat penyakit radikal seperti boleh mencegah kanser dan merawat penyakit radikal berkaitan kardiovaskular.

Pelajar – pelajar Tahfiz ini adalah perintis muda yang menggalas cabaran mengharumkan nama negara di peringkat dunia.

Masih menganggap pendidikan Tahfiz sebagai lekeh?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.