Hari graduasi sememangnya adalah antara hari paling istimewa dan ditunggu – tunggu. Setelah berhempas pulas di Universiti selama bertahun – tahun, akhirnya tibalah masa mereka merangkul ijazah.

Dalam majlis tersebut, graduan akan menyarung sepasang jubah, dan mengenakan sejenis topi khas di kepala, yang diberi nama mortarboard.

Image may contain: 1 person, plant, tree, sky and outdoor
Satu – satunya pemakai baju Melayu hari graduasi.

Pemakaian pakaian ini hakikatnya cukup simbolik, namun amat malang apabila ramai yang menganggap ia hanyalah satu upacara turun – temurun yang tidak lain menjadi bahan fotografi yang cantik sekali seumur hidup.

Berasal Daripada Islam 

Amalan dalam majlis graduasi hakikatnya berasal daripada Islam, yang kemudian dicedok oleh Barat.

Malah menurut Dr Afifi al – Akiti, amalan yang dipopularkan oleh Universiti Oxford ini berasal daripada tradisi pondok. Hal ini termasuklah budaya seperti makan ramai-ramai, menunggu pengetua sebelum makan dan membaca doa, semua ini berasal daripada tradisi Islam. Namun sekarang ia lebih dikenali sebagai budaya Harry Potter.

Sistem pensijilan juga adalah tradisi Islam. Dalam bidang hadis , di Kairouan, pelajar yang lepasi pendidikan dan ujian hadis akan diberi sijil bernama Bil Haq al – Riwayah yang bermaksud ‘kebenaran untuk meriwayatkan hadis’.

Istilah ‘Bil Haq al Riwayah’ ini pula kemudian dipinjam dan dialih kepada bahasa Latin sebagai ‘Baccalaureate’ (BA).

Bukan Pakaian Biasa – Biasa

Jubah yang dipakai oleh penuntut dan guru mengikut warna masing-masing bertujuan membezakan orang awam dengan penuntut ilmu dan ilmuwan. Terdapat juga kisah di mana seorang menteri perlu menukar jubah menteri kepada jubah sarjana bila ingin membacakan hadis kepada pendengar.

Image result for hari graduasi

Jika seorang itu layak mengajar, mereka akan disarungkan jubah yang digunakan oleh ilmuwan dan upacara ini masih diteruskan sehingga kini, terutamanya penganugerahan kepada penerima ijazah doktor falsafah.

Malah yang lebih menarik, topi mortar board, atau Qalansuwah dalam bahasa Arab, adalah tempat untuk mengikat al Quran di atas kepala. Itulah sebabnya kenapa reka bentuk mortar board leper di bahagian atas.

Image result for mortarboard quran

Ini menunjukkan tanda penghormatan tertinggi kepada Kalamullah, itulah tujuan sebenar bergraduasi menurut tradisi Islam. Agar Ilmu yang diperoleh membantu meninggikan ayat – ayat Allah.

Maka agak menghairankan mengapa boleh terlahir tradisi melontar mortarboard setelah bergraduasi. Simboliknya agak …. mengerikan.

Image result for throwing mortarboard

Dari mana datangnya amalan ini?

Amalan Baru yang Tiada Kaitan dengan Ilmu

Beberapa sumber melaporkan bahawa amalan melontar mortar board ini satu amalan yang baru. Ia bermula pada 1912 di US, pada hari graduasi ketenteraan Naval Academy.  Mereka sebelum itu dikehendaki memakai topi berpangkat midshipman selama 4 tahun. Pada hari tersebut buat pertama kali mereka diberi topi berpangkat pegawai untuk dipakai. Maka mereka membaling topi lama mereka sebagai tanda kegembiraan.

Tradisi ini kemudian berkembang dan menenggelami simbolik asal majlis graduasi.

Image result for throwing mortarboard

Bukan saja ia melanggar tujuan asal topi tersebut, hakikatnya amalan membaling mortarboard ini berbahaya dan telah diharamkan di beberapa tempat. Terdapat kes kecederaan ngeri di mana bucu mortarboard terkena pada mata seorang pelajar 17 tahun sehingga mengakibatkan trauma.

Jelas, reka bentuk asal mortarboard tidak sesuai untuk dibaling. Ia bukan tujuan asal. Namun kemudian diusulkan pula agar reka bentuk dan materialnya diubah agar lebih lembut dan tidak membahayakan apabila dibaling.

Nampaknya gambar graduasi membaling sebiji topi lebih berharga daripada keseluruhan budaya dan tradisi ilmu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.