Lebah memang mengagumkan. Bukan sahaja mereka menghasilkan penawar semula jadi madu yang mengagumkan kita zaman berzaman, budaya kerja seekor lebah juga amat sukar ditandingi dan memalukan masyarakat kita.

Image result for sleep parliament
Nak tidur di parlimen pun kena ada strategi bang. Jangan macam ni.

Banyak perkara tentang lebah yang menarik. Tapi pernah tak anda terfikir, kenapa bentuk sarang lebah sebegini:

Image result for honeycomb hexagon
Heksagon

Kenapa bentuk heksagon? Kenapa tidak bentuk petak, atau bulat, atau tiga segi?

Rupa – rupanya jawapan kepada persoalan ini membuktikan bahawa lebah juga adalah ahli matematik dan pakar ekonomi.

Penghasilan sarang bagi lebah adalah satu kerja industri yang memenatkan, jadi mereka perlu pastikan bahawa output, atau hasil kerja mereka cukup efisien. Jika tidak, seolah – olah anda lakukan kerja buruh yang keras namun kemudian bukan saja bos beri anda gaji yang sikit, tapi kemudian binaan anda cacat pula.

Image result for stadium runtuh
Lebih kurang macam ni.

Lebah bukanlah seperti golongan jurutera yang tuang kerja, mereka sememangnya menghendaki madu dan larva mereka disimpan dalam satu bentuk geomentri yang memaksimakan ruang pada luas kawasan sarang yang terhad, di samping meminimakan penggunaan sumber.

Persoalannya, bentuk geometri mana yang mahu dipilih?

Mereka menolak bentuk bulat, sebab banyak ruang yang terbazir. Bentuk petak pula kecil, tidak sesuai untuk dibuat larva.

Bee on spheres
Bentuk bulat, banyak ruang yang tidak digunakan.

Dengan ilmu matematik dan kejuruteraan yang mereka miliki, mereka pilih bentuk yang terbaik, heksagon.

Jika semua sisi adalah sama – iaitu mengikut bentuk heksagon yang sempurna, setiap sel sarang lebah akan muat secukupnya. Sarang lebah adalah seperti permainan susun suai. Setiap bahagian akan tercantum sempurna.

Image result for bee hexagon

Menariknya, bukti tentang betapa efisiennya bentuk heksagon telah didebatkan oleh ahli matematik selama ratusan tahun dalam satu masalah yang dipanggil honeycomb conjecture dan baru saja dibuktikan beberapa tahun yang lepas.

honeycomb conjecture.PNG
Ok. Rasanya betul lah tu. Dah terbukti. Kot.

Tidak diketahui sama ada lebah tersebut menerbitkan jurnal pengiraan pembuktian bentuk heksagon seperti di atas di universiti lebah dan dipersembahkan kepada permaisuri mereka. Kalau berlaku, kita harapkan Pixar untuk menganimasikannya.

Teorinya, pemilihan bentuk heksagon adalah penambahbaikan ‘trial and error’ lebah selama zaman – zaman sehinggalah mereka mendapati satu bentuk yang paling mendatangkan kebaikan kepada koloni dan mereka tetap dengan bentuk tersebut sampai sekarang.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.