Sering kali timbul kekeliruan daripada orang awam berkenaan jenis-jenis gelaran profesor dan cara memanggilnya serta bagaimana seseorang individu tersebut layak mendapatnya. Terdapat banyak cara penggunaan gelaran yang tidak tepat.

Berikut adalah beberapa kekeliruan biasa terhadap gelaran ‘Profesor’ yang diperoleh daripada Majlis Profesor Negara.

1Keliru terhadap kedudukan Profesor dan Profesor Madya.

Gelaran Profesor Madya adalah bagi ahli akademik yang telah membuktikan kecemerlangan akademiknya, sesuai dengan peningkatan dalam skim perkhidmatan pensyarah, dalam tugas hakiki seorang pensyarah. Jawatan Profesor Madya ialah tingkat terakhir sebelum dilantik sebagai Profesor.

Image result for prof madya rafidah
Prof Madya Rafidah Hanim Mokhtar

Selalunya, masyarakat akan memanggil kakitangan akademik berjawatan Profesor Madya dengan gelaran profesor. Sedangkan ungkapan yang tepat untuk Profesor Madya adalah “Dr.” jika beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah atau yang setara dengannya.

Sekiranya tidak mempunyai ijazah Doktor Falsafah atau yang setara dengannya ungkapan untuk Profesor Madya dan Penolong Profesor adalah Encik/Cik atau Tuan/Puan.

Terdapat juga kes yang jawatan Profesor Madya dianggap sebagai lebih tinggi daripada gelaran jawatan Profesor. Hal ini tidak tepat kerana Profesor Madya belum dikira sebagai Profesor.

2Profesor Kehormat

Contoh Profesor Kehormat

Profesor Kehormat ialah tokoh yang diberi gelaran profesor tetapi tidak bertugas sebagai profesor dan diberi kepada sesiapa sahaja termasuk ahli politik dan warga korporat. Gelaran ini diberi kepada individu tetapi tidak disertai dengan tugas atau kewajipan. Gelaran ini tidak boleh digunakan di hadapan nama penerima.

Pemakaian gelaran profesor tidak dibenarkan dalam segala urusan melainkan di universiti yang menganugerahkan gelaran tersebut sahaja.

3Profesor Pelawat

Penggunaan kad nama Profesor Pelawat

Profesor Pelawat ialah profesor yang diundang mengajar atau memberi ceramah di sesebuah universiti lain untuk satu tempoh masa tertentu. Profesor Pelawat boleh dilantik secara sepenuh masa oleh IPT yang lain.

Profesor Pelawat hanya boleh menggunakan gelaran tersebut di institusi yang melantiknya selama tempoh pelantikan berkuat kuasa. Gelaran ini boleh diguna pakai di dalam hal-hal rasmi dan penghormatan di universiti tertentu dengan kebenaran universiti yang melantiknya melainkan beliau merupakan profesor hakiki di universiti asal beliau.

4Profesor Adjung

Jangan panggil Prof Chef Wan pula. Sumber.

Profesor Adjung dianugerahkan kepada kakitangan bukan akademik yang mempunyai pengalaman luas dalam profesion beliau atau dalam sesuatu industri dan telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan sesuatu bidang ilmu.

Gelaran ini tidak boleh digunakan di hadapan nama penerima. Gelaran ini hanya boleh digunakan semasa tempoh pelantikan, semasa menjalankan aktiviti yang merupakan sebahagian daripada sumbangannya terhadap universiti dan juga hal-hal rasmi serta penghormatan di universiti tertentu dengan kebenaran universiti yang melantiknya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.