Anda mungkin fikir negara yang mendesak persamaan jantina sepatutnya miliki lebih banyak bilangan wanita yang bergraduasi dalam ijazah sarjana sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Namun kajian terbaru mendapati sebaliknya.

Article Image
Peratus pelajar wanita dalam sains, matematik, dan statistik pengajian tinggi di seluruh dunia. UNESCO

Kajian daripada Universiti Missouri menemui bahawa wanita di negara membangun, yang sering dikaitkan dengan kadar persamaan jantina rendah, yang lebih tertarik dengan STEM berbanding negara maju.

Walaupun wanita sama atau lebih cemerlang keputusan mereka dalam sains dan matematik di kebanyakan negara, nampaknya semakin tinggi kadar persamaan jantina, semakin kurang wanita yang bergraduasi daripada bidang STEM. Korelasi negatif ini dipanggil ‘Paradoks Persamaan Jantina‘.

Negara – negara seperti Turki, UAE, Tunisia, Algeria, Indonesia yang diberikan markah rendah dalam Indeks Jurang Jantina Global ternyata memiliki paling banyak peratusan wanita graduan STEM. Manakala negara – negara yang dibanggakan sebagai peneraju persamaan jantina paling corot.

Graf negara – negara berdasarkan bilangan graduan STEM mereka dan dapatan Indeks Jurang Jantina Global (Psychological Science)

Beberapa penjelasan cuba dibuat, seperti mengatakan kelebihan wanita sebenarnya terletak pada kebolehan membaca, bahasa dan seni berbanding matematik dan sains. Maka wanita yang diberi lebih banyak kuasa untuk membuat pilihan sudah pasti akan memilih bidang yang mereka lebih sukai.

Bagaimanapun dapatan ini dilihat bercanggah dengan aspirasi gerakan emansipasi wanita dan feminisme yang mahu menambah bilangan wanita dalam STEM, kerana ia dilihat bidang yang dimonopoli lelaki dan mereka mempercayai bahawa minat dan kebolehan wanita sama saja dengan lelaki.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.