Negeri mana yang paling ramai orang pandai – pandai? Menurut Pusat Permata PERMATA Pintar negara, jawapannya adalah Terengganu.

Image result for terengganu

Penentuan murid pintar dan memiliki daya intelektual tinggi dipastikan melalui ujian UKM1 yang merupakan ujian saringan atas talian untuk murid berusia 8 hingga 15 tahun.

Bagi tahun 2017, seramai 55,035 pelajar menduduki ujian penentu indeks genius peringkat satu tersebut. Daripada jumlah itu pula, seramai 1,128 orang atau 12 peratus pula berjaya ke ujian peringkat kedua yang dikenali sebagai Ujian UKM 2

Menurut Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak, pihaknya mengumpul data pelajar berkenaan termasuk struktur demografi dan latar belakang keluarga mereka bagi menjalankan satu kajian khusus.

“Berdasarkan rekod yang kami terima jelas menunjukkan pelajar negeri itu paling ramai mengambil ujian UKM dan berjaya melepasi setiap peringkat” katanya.

“Sudah beberapa tahun negeri itu mendominasi statistik pelajar genius paling ramai dan ia konsisten bagi tiga tahun kebelakangan ini termasuk pengambilan pada tahun ini.

“Rata-rata pakar dan pensyarah membuat andaian, amalan pemakanan mereka yang memakan ikan segar dikatakan faktor utama selain daripada genetik dan persekitaran,” katanya.

Image result for keropok lekor terengganu
Ada alasan nak makan keropok lekor banyak – banyak

Namun, menurut keputusan SPM 2017, tempat pertama diduduki oleh Wilayah Persekutuan, manakala terengganu peroleh tempat ke tujuh.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.