Meme sememangnya merupakan makanan ruji bagi pengguna internet. Ia wujud dalam pelbagai bentuk, dan disebar luas dalam hampir semua platform alam maya. Meme yang popular termasuklah seperti success kid, pepe the frog, Be like Bill, yang kemudian menjadi Jadilah Seperti Rashid, doge dan banyak lagi.

Err maaf Grumpy cat

Warga Malaysia juga tidak ketinggalan menghasilkan meme sendiri, seperti meme Fahrin Ahmad ini.

Suka betul meme ni

Di samping bertujuan sebagai bahan ketawa dan komedi, meme juga kadang kala digunakan dalam pendidikan. Namun meme jenis ini amat jarang ditemui dan kebiasaannya memerlukan pengetahuan mendalam terhadap sesuatu topik sebelum boleh dipersembahkan dalam bentuk meme. Itupun belum tentu semua faham.

Related image
Ha…ha?

Namun sebenarnya kita memiliki seorang pensyarah yang memiliki kemahiran istimewa menghasilkan meme matematik yang bukan saja kelakar, tapi bermakna dan tular.

Amirul Faiz yang merupakan pensyarah matematik di INTEC ini pernah tular apabila meme matematik beliau yang bertajuk “Learning Moo-thematics with graphic Cow-culator” dikongsi 60 ribu kali di Facebook. Meme yang mengaitkan bentuk graf persamaan matematik itu dengan tanduk lembu juga tular di reddit dan 9gag.

Apalah kisah hidup abang ni yang bagi inspirasi hasilkan masterpiece ni.

Beliau kemudian menghasilkan lebih banyak lagi meme matematik di halaman Facebook beliau.

Ketika ditanya, beliau mengatakan tujuan penghasilkan meme matematik ini adalah untuk pendidikan.

“Sebagai pensyarah sebelum ini, saya dapati pelajar sekarang lebih cenderung dengan teknik pembelajaran secara visual. Kalau dulu pembelajaran tertumpu pada guru/ pensyarah, kini pendekatan secara ‘student centered’ lebih sesuai dengan adanya teknologi.

Maka saya mula dengan meme2 sebegini sebagai pendekatan visual dan secara langsung menarik minat pelajar utk belajar matematik” katanya.

Penerangan konsep matematik dengan cara mudah dan berjenaka ini selari dengan kata – kata Einstein, “Jika anda tak mampu menerangkan sesuatu dengan mudah, anda belum cukup memahaminya”

Berikut adalah kompilasi meme matematik Amirul Faiz, selamat menikmati! (Kalau tak faham jangan tanya penulis, tanya pensyarah korang ni)

1Mootematik

2Meow tematik

3…Jangan buat no 4

4Kuasa Mata (matik)

5Formula Shampoo

6Kenapa Dulu Belajar Fungsi Tak Macam Ni?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.