Jika anda membesar dengan menonton Doraemon, pasti anda pernah tertanya dua soalan ini:

  1. Siapa yang cipta Doraemon?
  2. Boleh ke masa depan kita maju macam dalam cerita Doraemon?

Untuk sesiapa yang tidak tahu, (mungkin anda menyorok dalam gua 30 tahun lepas), Doraemon adalah robot yang datang dari masa depan, iaitu pada tahun 2112. Itu kurang 100 tahun dari sekarang.

Image result for doraemon
Dah dekat berbelas tahun tak tengok cerita Doraemon..

Pada masa itu, kemajuan teknologi sangat dahsyat. Manusia dapat cipta mesin masa, mesin teleportasi, mesin pengecil, robot serba guna, dapat manipulasi ruang – masa, kembara angkasa lepas, mesin terbang pasang atas kepala….

Related image
Bila nak ada ciptaan roti tekap memori ni…

Pendek kata, lebih kurang mustahil untuk kita capai tahap teknologi demikian melihatkan perkembangan manusia sekarang ini. Itupun kalau tak terjadi perang dunia ketiga yang hancurkan semua teknologi dan kembalikan kita ke zaman batu.

Related image
Sepatutnya masa depan kita nampak macam ni

Memandangkan latar Doraemon itu sendiri adalah berlatarkan dunia kita yang sebenar, maka penciptaan Doraemon itu sendiri nampaknya mustahil boleh dihasilkan dalam dunia fiksyen tersebut. Sampailah penamat kepada cerita Doraemon muncul dan menyelesaikan masalah tersebut dengan sangat bijak.

Penamat yang Buat Mata Berair

Jemput tonton penamat Doraemon ini, bawa tisu sekali.

Terdapat juga versi komik berbahasa Indonesia.

Bateri milik Doraemon mati. Nobita cuba untuk membaiki Doraemon di masa depan, tapi segala akses mesin masa dihalang oleh polis masa, atas sebab tertentu.

Nobita kemudian diberi dua pilihan, tukar bateri milik Doraemon yang sedang kaku itu lantas memadam keseluruhan memorinya, atau tunggu jurutera yang mampu untuk membaiki Doraemon.

Dah pasti Nobita tak mampu untuk memilih pilihan pertama. Namun mana mungkin ada jurutera pada zaman itu yang mampu membaiki robot 100 tahun akan datang?

Maka Nobita berikrar untuk bekerja keras dan belajar super rajin. Dia jadi pelajar terbaik sekolah, dan tidak melakukan apa – apa kecuali menerobos ilmu untuk membaiki Doraemon.

Nobita kemudian menjadi seorang Profesor ulung robotik dunia dan akhirnya Doraemon dapat dipulihkan.

Olahan yang Genius

Penamat ini dianggap sebagai penamat terbaik Doraemon kerana bukan saja ia penamat gembira, namun ia mengeksploitasi tema utama Doraemon iaitu ‘paradoks masa’ untuk menjelaskan persoalan besar siri tersebut.

Pertama, ia menjawab persoalan siapa pencipta Doraemon. Tidak lain, pencipta Doraemon adalah Nobita sendiri. Nobita satu – satunya manusia dalam dunia yang mampu untuk membaiki, menjurutera, dan mencipta robot masa depan Doraemon kerana dia satu – satunya orang yang memiliki akses kepada robot masa depan tersebut.

Selama dia hidup dengan Doraemon, dia melihat dan merasai sendiri teknologi masa depan. Maka jika ada orang yang mampu untuk ‘reverse engineer’ teknologi masa depan, Nobitalah orangnya.

Dan pada akhirnya kita memang dapat lihat ciptaan Doraemon generasi pertama, siap dengan telinga, dengan dikekalkan memori asal kawan lamanya itu. 

Kedua, penamat ini menjawab persoalan ledakan teknologi abad ke 22, iaitu abad Doraemon, yang dianggap mustahil dicapai. Dan persoalan ini diterokai menerusi watak Dekisugi

Dekisugi menimbulkan persoalan, bagaimana mungkin era Doraemon boleh datang jika perkembangan manusia begitu perlahan? Rupa – rupanya jawapannya adalah pada rakan lamanya yang telah lama menghilang.

Profesor Nobita, menerusi kajian panjangnya terhadap teknologi robot masa depan, Doraemon yang dia miliki, akan membuat ledakan revolusi teknologi besar – besaran. Dialah pencetus teknologi abad ke 22.

Eksploitasi Paradoks Masa

“Eh jap. Tapi kalau Nobita cipta Doraemon, dan dia boleh buat macam tu sebab dia ada Doraemon yang datang pada dia dari masa depan, dari mana pula datang Doraemon tu??”

Yup. Inilah paradoks masa yang dikatakan oleh Dekisugi. Dari mana titik mulanya?

Sebenarnya paradoks masa sememangnya akan jadi masalah kepada mana – mana pun cerita, filem dan fiksyen yang melibatkan pengembaraan masa. Namun, dalam penamat Doraemon ini, layanan terhadap paradoks masa ini bijak.

Untuk tahu lebih tentang paradoks, terutama paradoks masa, boleh tonton video AJAR berikut:

Paradoks masa itu tak dapat dijelaskan. Ia satu poin dalam spektrum masa dunia fiksyen Doraemon yang berlaku, dan mesti dipastikan berlaku.

Nobita menjadi Profesor Robotik untuk membaiki Doraemon adalah satu titik masa yang mesti berlaku. Jika tidak, tidak berlakulah teknologi abad ke 22. Titik paradoks ini sangat penting sampai polis masa mengawal ketat mesin masa supaya tiada yang akan mengganggu poin ini.

Itulah juga sebabnya tiada siapa tahu pencipta Doraemon. Ia maklumat yang dikawal rapi supaya titik paradoks masa ini tidak dipecahkan.

Maka, sebenarnya Nobita menerima Doraemon adalah dengan destiny atau takdir bahawa dialah yang akan menciptanya pada masa hadapan.

Image result for doraemon
Jangan … nangis….

Betul ke Ini Penamat Doraemon?

“Isyh, kacau mood betul lah”

Sebenarnya pelukis asal Doraemon meninggal dunia sebelum sempat merangka penamat yang rasmi.

Jadi penamat – penamat Doraemon adalah fan – made atau direka oleh peminat. Ada beberapa versi, ada versi Nobita sebenarnya kanak – kanak terencat akal OKU dan semuanya adalah khayalannya saja, untuk mengurangkan kesengsaraan yang dia alami. Err, tapi iya lah, siapa yang nak terima penamat macam ni.

Image result for doraemon ending nobita autism
Apa masalah kau ni???

Penamat oleh Nobuo Sato dalam artikel ini adalah sangat popular dan dianggap sebagai ‘penamat rasmi’ oleh banyak peminat (termasuklah penulis).

Namun untuk ‘penamat’ yang lebih rasmi, bolehlah tonton filem ‘Stand by Me Doraemon‘ , yang merupakan filem istimewa yang merangkumkan cerita Doraemon sewaktu pertama kali berjumpa Nobita, hinggalah saat Doraemon terpaksa berpisah.

Tapi sediakan tisu jugalah, sebab memang tsunami nostalgia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.