Peta dunia yang kita biasa tengok sebenarnya bukanlah bentuk sebenar bumi kita. Eh tak, ini bukan teori konspirasi, ini memang permasalahan yang muncul bila kita cuba untuk memetakan bumi.

Lebih tepat, ini adalah masalah apabila kita cuba memprojeksikan bentuk sfera 3 dimensi kepada 2 dimensi. Pasti akan berlaku herotan. Bayangkan anda cuba mengupas kulit oren, kemudian anda jadikan bentuk petak yang rata. Anda perlu menarik, memadatkan atau mungkin mengoyak bahagian oren tersebut.

Jadi disebabkan herotan yang tidak dapat dielakkan ini, bentuk peta yang dilukis oleh kartografer sebenarnya terdapat beberapa versi. Versi yang paling popular adalah Peta Mercator, yang kita biasa tengok.

Mercator Projection Map
Peta Mercator – Peta Dunia Paling Biasa Kita Tengok.

Apa masalah dengan peta ini?

Peta dunia yang paling popular dalam … dunia ini miliki beberapa isu.

  1. Benua Afrika digambarkan lebih kecil daripada saiz asal, iaitu lebih kurang sama dengan saiz Greenland. Sebenarnya, Afrika sangat besar. Afrika hakikatnya boleh memuatkan 14 Greenland.

    Saiz sebenar Afrika
  2. Negara Indonesia dan Australia digambarkan lebih kecil daripada saiz asal. Cuba kita bandingkan saiz tanah kedua – dua negara tersebut pada latitud yang sama dengan Kanada.

    australia indonesia distortion
    Saiz sebenar Indonesia dan Indonesia diprojeksikan atas Kanada dan US
  3. India digambarkan sangat kecil berbanding saiz sebenar. Negara tersebut sepatutnya lebih kurang 3 kali ganda lebih besar berbanding negara – negara Skandinavia. Itulah sebab ia boleh menampung populasi kedua terbesar dunia!

    India lebih besar berbanding negara Skandinavia.
  4. Antartika pula digambarkan sebagai satu benua yang sangat besar dan tidak berpenghujung. Tapi sebenarnya ia adalah cuma besar sedikit berbanding China, dan lebih kecil berbanding Afrika.
    Ini paling susah percaya

    Anda boleh membandingkan sendiri saiz Рsaiz negara yang sebenar menggunakan website thetruesize.com . Cubalah, cukup meletupkan minda!

Kenapa Peta Kita Macam Tu?

Peta Mercator dihasilkan pada tahun 1569 oleh kartografer bernama Gerardus Mercator untuk membantu pelayar Eropah melayari Laut Atlantik.

Image result for gerardus mercator

Maka, penggunaan peta Mercator ini dianggap sebagai Eurosentrik, ataupun bias kepada Barat dan Eropah. Ia membesarkan saiz Eropah dan Amerika Utara, dan meletakkan Eropah di pertengahan dunia. Negara seperti Iran, Venezuela, India, Afrika pula kelihatan kecil. Gambaran – gambaran kebesaran negara di atas peta dibuat untuk memberi simbol kuasa dan kepentingan Barat ke atas dunia.

Begitu juga, kenapa Eropah diletakkan di bahagian atas peta? Memandangkan bumi adalah sfera, maka boleh saja peta diterbalikkan untuk meletakkan Eropah di bahagian bawah.

Sakit kepala

Jadi peta dunia kita sekarang

  • Membesarkan saiz negara Eropah dan Barat
  • Meletakkan Eropah di tengah – tengah dunia
  • Meletakkan Eropah di bahagian atas dunia

Peta ini memberi simbolik bahawa kuasa Barat sejak dari zaman Empayar British memiliki dan memegang kuasa dunia. Itulah sebab sebahagian menganggap peta kita sekarang sebagai rasis.

Apa Alternatif Lain?

Selain peta Mercator, sebenarnya ada beberapa versi peta dunia yang lain. Seperti:

  1. Projeksi Gall – Peters

    Gall Peters Projection Map
    Peta Gall – Peters ini menggambarkan saiz negara secara relatif.
  2. Projeksi Winkel TripelWinkel_triple_projection_map
  3. Peta AuthaGraphauthagraph map
  4. Dan… banyak lagi

Mana satu yang betul? Jawapannya adalah tiada.

Kerana memang mustahil untuk menghasilkan bentuk peta 2D yang sempurna daripada bentuk sfera 3D. Maka peta diterima berdasarkan perspektif dan kecenderungan kita.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.