Politeknik Ungku Omar berjaya mengharumkan nama negara apabila pasukan robotik Politeknik Ungku Omar bersama pasukan robotik dari empat buah politeknik yang lain berjaya merangkul sembilan pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa pada Kongres dan Kejohanan Persatuan Robot Bola Sepak Antarabangsa (FIRA) Roboworld ke-23 di Feng Chia University, Taichung, Taiwan pada 6 hingga 11 Ogos lalu.

Image may contain: 24 people, people smiling

Kejohanan FIRA Roboworld ke-23 ini merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai platform pertandingan robot bola sepak serta sebagai medan pembentangan mengenai perkembangan teknologi robotik di peringkat antarabangsa.

Malaysia berentap dengan 10 negara lain seperti Iran, Korea, India, Taiwan, China, Brazil, Rusia , Filipina dan Indonesia bagi merebut kejuaraan.

Image may contain: 1 person, smiling, text

Ini bukanlah kali pertama pasukan Politeknik Malaysia meraih kejayaan seumpama ini. Pada kejohanan edisi 2016 yang berlangsung di Beijing, China, pasukan negara berjaya merangkul sebanyak 18 pingat dengan 6 pingat emas, 8 pingat perak dan empat pingat gangsa.

Kejayaan ini membuktikan peningkatan yang cukup ketara kontinjen kita. Hal ini sudah pasti mampu menjadi pemangkin minat dan inspirasi anak muda negara terhadap bidang kejuruteraan robotik.

Image may contain: 3 people, people smiling

Tahniah kepada Politeknik Malaysia atas kejayaan ini!

Sumber berita: kampusuols , remaja

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.