Biasa kita fikir subjek Kimia sebagai subjek yang membosankan. Namun reaksi – reaksi bahan kimia yang menakjubkan (dan menakutkan) berikut mungkin boleh membuatkan kita mengubah fikiran!

7Sulfur Hexafluoride

main article image

Avatar Aang? Kau ke tu?

Bekas itu bukan kosong, tapi ia mengandungi Sulfur Hexafluoride yang 5 kali ganda lebih tumpat daripada udara. Disebabkan ia begitu tumpat, ia punyai sifat seperti cecair. Itulah sebabnya ia boleh duduk dalam bekas tersebut tanpa terbebas lari.

Apabila Sulfur Hexafluoride ‘dituang’, ia mengambil tempat oksigen. Lilin pun terpadam kerana ketiadaan oksigen yang diperlukan untuk pembakaran.

6Bromic Acid yang Memukau

KAU AKAN LIKE PAGE AJAR DALAM MASA 3 … 2 … 1 SAAT

Reaksi kimia ini dipanggil ‘ Belousov-Zhabotinsky reaction” – reaksi kimia berputar (oscillating chemical reaction).

5Bahan Kimia yang Lutsinar Tiba – tiba Menjadi Hitam

“Inilah apa yang jadi pada hati kita sebaik membuat dosa besar” – Ustaz Petrosains.

Apabila kita mencampurkan sodium sulfite, citric acid, and sodium iodate, kita akan peroleh satu sebatian lutsinar. Namun tak sampai beberapa saat ia kemudian bertukar hitam.

Fenomena ini dipanggil reaksi jam (clock reaction), di mana reaksi kimia berlaku setelah beberapa ketika.

4Jambatan Air

“Jangan tinggalkan abang sayang!”

Apabila dikenakan voltan yang tinggi, air memberi talak satu kepada graviti dan bergayut pada dua bikar air untuk membentuk jambatan.

Daya elektrik mengekalkan struktur ‘jambatan’ tersebut dengan menyusun molekul air menjadi satu struktur yang stabil dan tersusun rapi.

3Sodium polyacrylate – Yayy Salji

Sodium polyacrylate adalah garam penyerap super (superabsorbent) yang mampu menyerap 300 kali ganda jisimnya dalam air, lantas menjadikannya seakan – akan salji yang sejuk.

Tak tau boleh makan ke tak. Boleh lah cuba kalau nak. Nanti emel laporan.

2Hydrogen Peroxide + Darah

Oh tengah makan ke? Maaf.

Apabila anda meletak hydrogen peroxide pada luka, buih menggelegak yang terhasil sebenarnya adalah tanda larutan tersebut sedang membunuh bakteria dan sel – sel sihat.

Hydrogen Peroxide digunakan sebagai antiseptik sejak 1920. Tapi ia kini dilarang digunakan untuk mencuci luka, sebab ia didapati melambatkan proses penyembuhan dan menjadikan parut.

1Portal Alam Jin

Sains? Sains apa kau buat ni sains? Siapa ada nombor Darussyifa??

Err. Apa kita tengah tengok ni? Siapa ajar depa bukak portal dimensi alam jin?

Sebenarnya fenomena yang nampak macam 100% ilmu hitam tersebut adalah reaksi yang dihasilkan apabila bahan kimia bernama Mercury (II) thiocyanate dibakar.

Walaupun nampak macam cool untuk dicampak pada unggun api kem pengakap darjah enam, bahan ini sangat toksik. Dan gas yang dihasilkan berbahaya untuk dihidu.

Dan kalau benda tu tiba – tiba minta korban manusia macam mana?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.