Suatu hantaran di Facebook tular apabila pengguna bernama Othman Talib mengepilkan gambar tesis yang diminta untuk dibetulkan… kerana terlebih margin sebanyak 5 mm.

No automatic alt text available.
Memang pemeriksa semak guna pembaris setiap muka surat ke?

Tesis ni apa formatpun  tak ada banyak bezapun.. hang pi lah satu dunia semua lebih kurang sama…yang penting content yang novel…

Hairan… yang nak pi ukuq margin sangat sampai beza 5mm pun nk perbetoi … pasai apa?  Tak dak keje lain dah ke rakyat Msia ni ?

Hantaran ini mendapat komen yang pelbagai daripada netizen. Ada yang mengatakan isu formatting yang terlebih ketat ini sebagai menyusahkan.

Saya terpaksa mencetak semula 5 salinan hanya kerana formatting. – Yong Chen

Saya habiskan 1 minggu hanya membuat formatting – Rosma Rashid

Masa buat Master dulu, masa nak hantar, mereka ukur dengan pembaris semua margin. Siapa tak lepas pergi buat balik – Sharifah Alia.

Ada yang mengatakan isu formatting ini sebagai perkara remeh yang sangat ditekankan oleh Universiti Malaysia, tidak Universiti luar negara. Sedangkan yang lebih penting adalah isi tesis tersebut.

Ya, saya sangat setuju. Apa yang penting ialah content dalam tesis tu. Formatting ni perkara remeh saja tapi itulah yang sangat ditekankan oleh PG office universiti di Malaysia ni. Memang susah nak faham & boleh stress dibuatnya especially bila dah dekat date line. Tu belum masuk lagi yang minta 10 hard copies sebelum viva. Saya & wife dah experience masa buat Masters.

Tapi lain pula masa buat PhD di NZ. Formatting ni saya tinggal, buat last sekali bila content dah settled. Di sana, tiada format tertentu yang kena ikut. Biasanya akan ikut format yang supervisor familiar. Tak perlu nak ukur etc. Staf ICT library ada bagi service ni FOC. Duduk sama-sama dengan dia buat sampai siap (saya masukkan nama dia dalam acknowledgment). Bila dah siap, submit tesis pun guna pdf file je. So, duduk la kat mana-mana dalam dunia ni, by mouse click dah siap submit. Final tesis after corrections pun hantar pdf je, tak payah hantar hard bound tulisan emas etc. Ini la baru membantu dan memudahkan students. Bila la universiti kita nak berubah? – Mohd Izani Othman.

Namun, terdapat juga penyokong usaha semakan margin tersebut dalam kalangan proofreader:

Proofreader mana yang tak tengok formatting? – Izwan Ishak

Ketahuilah bahawa manuskrip hardcopy, sebelum binding jadi buku, wajib kena ukur – ukur, semak font, formatting semua ini. – Aiman Kautsar.

Format adalah format. Ia bukan isu. – Ben Teranova.

Bagi penulis, sepanjang pengalaman belajar di UK, formatting tesis ini juga pernah menjadi isu. Tapi itu sebab penulis tersilap cetak. Sepatutnya satu helai satu. Tapi penulis tercetak depan belakang. Terbazir jugalah beberapa belas pound.

Tapi tak pernah pula penulis alami masalah disebabkan margin lari beberapa milimeter.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.