Ahmad Luqman Mohammad Noor, pelajar tingkatan 4 dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dinobatkan johan anugerah NILAM peringkat Negeri Selangor kategori bahasa Inggeris.

Pertandingan NILAM peringkat negeri Selangor tersebut bermula sejak bulan Mac dan tamat pada penghujung bulan Ogos. Pemenang selanjutnya akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Sejak dari bulan Mac, adik Luqman telah membaca lebih 150 buah buku dalam tempoh masa 6 bulan. Bermakna, secara purata adik Luqman menghabiskan satu buku setiap 1.2 hari.

Naib Johan Kategori Bahasa Melayu pula dimenangi oleh Nuriljal Farhah Abd, juga dari KISAS.

Adik Nuriljal membaca secara keseluruhan 470 buah buku sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4.

Tahniah, semoga kerajinan adik – adik dalam membaca boleh menjadi galakan semangat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Semoga berjaya juga di peringkat Kebangsaan!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.