Malaysia Hari Ini pada tarikh  6 September 2018 telah menjemput YB Syed Saddiq untuk mengadakan ‘mock debate’ bersama pelajar Seri Puteri. Debat yang diadakan adalah ‘Perlukah Had Umur Mengundi Diturunkan kepada 18 Tahun?’

Berikut adalah rumusan hujah kedua – dua pihak:

YB Syed Saddiq

  • Anak muda kini ternyata lebih matang melihatkan kepada sistem pendidikan negara kita yang lebih baik.
  • Majoriti negara jiran sudah turunkan had mengundi. Tiba masa untuk Malaysia mengikut jejak langkah yang sama.
  • Bakat anak muda negara kita hakikatnya setara atau lebih baik dibandingkan dengan negara – negara jiran tersebut.
  • Menurunkan had mengundi adalah satu tindakan yang mampan untuk memperkasakan suara anak muda,
  • Anak muda 18 tahun boleh disabitkan bawah mahkamah kriminal  Ini menunjukkan tahap kematangan pada usia tersebut adalah diiktiraf.
  • Pada usia 18 tahun, rakyat boleh berkahwin, sertai ketenteraan, menandatangani kontrak besar.
  • Tidak adil sekiranya jika ada segelintir anak muda yang tidak matang, maka disapu rata kepada sekalian generasi.
  • Impak polisi nasional memberi kesan kepada anak muda 18 tahun, maka mereka berhak menentukan hala tuju polisi pada tahap kenegaraan.

Pelajar Seri Puteri

  • Banyak pengalaman yang tidak diperoleh pada umur 18 tahun. Mereka masih belum berdikari, menjaga kesihatan diri, beli petrol, membeli barangan runcit.
  • Politik kini menjadi persaingan populariti dan bukan persaingan daya saing.
  • Merendahkan rangkuman umur mengundi menjejaskan fokus kepada golongan lebih tua, kerana parti politik menjadi lebih terdesak untuk mendapatkan undian pengundi muda.
  • Remaja lebih terdedah kepada penipuan media sosial. Pengalaman adalah solusi kepada masalah ini.
  • Bukan semua tempat seperti KL, di mana sentiasa berlaku perbahasan politik. Remaja di tempat lain tidak terdedah dengan isu politik. Adakah kita ingin memberi tanggungjawab pengundian kepada mereka?
  • Demokrasi bukan hanya membenarkan pengundian, tapi perlu mengiktiraf situasi dan konteks pengundian mereka.
  • Terdapat platform alternatif lain untuk mereka suarakan pandangan mereka selain mengundi.

Tahniah diucapkan kepada tv3 dan kementerian belia dan sukan atas inisiatif pembentangan idea sebegini.

Siapa menang? Hehe.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.