Naik isu tentang pelajar aliran sains vs pelajar aliran sastera. Ada orang muat naik keputusan periksanya yang banyak gagal, kemudian netizen komen:

Astaghfirullah. Pendidikan Islam tu hang jawab ‘Wallahua’lam’ untuk semua soalan ke dik?

“Ini belum lagi kau ambil subjek sains dik, itu pun tak score”.

Ada abang yang tak suka komen ini, kemudian beliau hantar video reaksinya kepada ML Studio:

Lebih kurangnya, hendak ditegur persepsi masyarakat yang menganggap pelajar yang bukan aliran sains sebagai kurang pandai berbanding pelajar aliran sains.

Berikut adalah beberapa salah tanggap masyarakat terhadap aliran sains dan selainnya yang wajar dibetulkan:

1Aliran Sains Aliran Paling Susah, Maksudnya Pelajar Sains lebih Pandai

Benar, aliran sains biasanya punyai pintu masuk atau barrier of entry yang lebih ketat, seperti nak bilangan ‘A’ yang banyak, lebih selektif.

Tapi itu tak menjadikan aliran sains sebagai paling susah. Itu bergantung kepada keupayaan dan minat individu.

Ada orang yang mampu dapat markah penuh dalam matematik tambahan, tapi tak mampu faham sastera. Ada yang boleh dapat A dalam fizik, tapi gagal sejarah. ‘Susah’ itu bergantung pada diri masing – masing.

2Aliran Sains Lebih Berjaya

Aliran STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) semakin mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Tapi itu tak bermakna aliran selain STEM tak bernilai. Kursus semacam falsafah dan kesenian juga semakin mendapat tempat.

3Aliran Selain Sains Tak Berguna

Sains sememangnya banyak menyumbang kepada teknologi untuk kemajuan manusia. Tapi ia juga menghasilkan ejen – ejen kemusnahan semacam bom atom dan karsinogen berbahaya. Begitu juga solusi – solusi ‘saintifik’ yang jahat seperti Eugenics yang sangat rasis.

Apa yang boleh hentikan ciptaan – ciptaan sains yang memusnahkan ini? Pemahaman yang mendalam terhadap etika, falfasah dan agama. Untuk masalah moral ini, rujukan kita adalah ulama – ulama atau ahli falsafah, dan tidak sangat kepada saintis.

Kesimpulan

Ringkasnya, janganlah kita menganggap aliran ilmu yang lain sebagai kelas kedua, lebih rendah taraf, kurang bijak dan sebagainya.

Ilmu itu perlu dihargai dan pelajar – pelajarnya mesti disayangi. Kerana setiap penuntut ilmu itu ditebarkan sayap oleh Malaikat.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.