Seorang pereka cipta Palestin berhasrat untuk membina semula Gaza menggunakan inovasi Green Cake, sejenis batuan baru yang diperbuat daripada debu arang dan kayu.

Majd Mashharwi, seorang jurutera sivil dari Gaza miliki cita – cita yang besar untuk mengubah nasib rakyat Palestin.

Peperangan dan situasi kehidupan mencabar di Palestin telah menghasilkan permintaan yang tinggi terhadap bahan binaan untuk membina semula bangunan yang musnah. Lebih 40 000 bongkah binaan diperlukan setiap hari. Halangan daripada Israel membataskan usaha ini.

Selain itu, beliau juga mengenalpasti dua masalah yang perlu diselesaikan di Gaza: 1) masalah debu yang tidak terkawal, di mana 7 tan debu dihasilkan setiap minggu sehingga menyebabkan masalah alam sekitar, 2) Kualiti, harga dan berat bongkah batu yang terhad menyebabkan usaha pembangunan sukar dijalankan. Apatah lagi, bongkah binaan tidak dibenarkan dieksport dari luar!

Setelah bereksperimen sebanyak lebih 100 kali dan gagal setiap cubaan, Majd berjaya menghasilkan prototaip Greencake – bongkah binaan yang diperbuat daripada debu yang lebih murah daripada bongkah binaan biasa, dan lebih ringan.

Bongkah binaan Greencake menggunakan debu sebagai menggantikan kerikil dan pasir pada bongkah binaan biasa sebagai bahan isian. Hasilnya, Majd berjaya menghasilkan bongkah binaan yang mesra alam dan berkualiti tinggi di samping menawarkan harga yang murah.

Inovasi Greencake ini telah memperoleh pelbagai anugerah seperti Mobaderoon III project, pertandingan MIT, dan Japan – Gaza Innovation Challenge

Majd kini berhasrat untuk mengembangkan inovasi GreenCake secara besar – besaran bukan sahaja untuk kegunaan Palestin, tetapi untuk dimanfaatkan di seluruh dunia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.