Diambil daripada nukilan Facebook Amin Rukaini, Pelajar PhD Malaysia di Cambridge

Salah satu kelebihan buat PhD dalam bidang sains biologi di luar negara khususnya di UK ialah kebebasan membuat kajian tanpa had.

Maksud tanpa had ialah tiada kekangan dari faktor kewangan dan masa untuk membuat sebarang pembelian barangan eksperimen dan kajian.

Pembelian barangan atau alatan untuk kajian di UK khususnya amat mudah kerana rata-ratanya memiliki geran peruntukan yang banyak, sistem pengurusan penbelian yang cukup efisien, banyak pembekal dan sistem penghantaran yang cekap.

Hari ini tempah barang, esoknya barang sudah tiba di stor. Order barang kajian untuk eksperimen mengalahkan order barang di Ebay ataupun Amazon. (beribu-riban)

Sebagai seorang penyelidik, kami diberikan akaun secara peribadi dan boleh membeli apa-apa barang atau alatan kajian yang diperlukan tanpa ada had!

Semua ini memainkan peranan dalam memastikan kelancaran kajian yang dibuat. Para penyelidik boleh memberikan fokus yang sepenuhnya kepada aktiviti kajian dan bebas untuk membuat kajian yang diingini.

Gambar: waktu paling seronok ialah bila barang sampai, macam dapat hadiah bertimbun-timbun.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.