Seorang guru sejarah Florida mengatakan beliau dipecat kerana enggan memberi separuh kredit kepada pelajar – pelajar yang tidak menghantar kerja sekolah mereka.

Gambar ucapan selamat tinggal yang beliau tinggalkan di papan putih kemudian menjadi tular.

Image may contain: text

“Selamat tinggal anak – anak, Puan Tirado sayangkan anda semua dan menghendaki yang terbaik dalam hidup kalian! Saya dipecat kerana enggan berikan anda 50% pada kerja sekolah yang anda tak hantar.”

Diane Tirado mengatakan Sekolah West Gate K-8 di Pot St Lucie mengguna pakai polisi ‘tiada kosong’, menghendaki guru – guru untuk memberikan pelajar paling kurang 50 peratus gred pada setiap kerja sekolah.

“Bagaimana jika mereka tidak hantar pun? Mereka kata kita beri mereka markah 50%. Oh tak saya tak setuju” kata beliau kepada pemberita.

“Saya sangat kecil hati, kerana kita melahirkan generasi yang mengharapkan mereka dibayar dan hidup senang hanya dengan menghadirkan diri, ia bukan realiti” Katanya lagi.

Pengguna media sosial juga rata – rata menyokong tindakan Tirado:

“Tindakan anda betul. Sekolah itu salah. Inilah sebab kenapa orang – orang muda hari ini tak mahu kerja tapi masih minta dibayar.”

“Seorang guru sepatutnya berhak tentukan gred apa murid patut terima. Kalau mereka tak hantar pun, mereka patut dapat gred F. Saya berbangga sebab anda tegaskan pendirian anda tapi tak patut mereka lepaskan seorang guru yang ingin menjadi guru yang baik. Kalau anda berikan 50%, pada mereka yang tak buat kerja, apa pengajaran pada murid – murid? Murid perlu diajar bertanggungjawab.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.