Impian terbesar jurutera dan saintis adalah untuk menghasilkan mesin yang paling efisien. Dah pasti, mesin yang paling efisien adalah mesin yang dapat bergerak selama – lamanya tanpa berhenti dan tanpa mengguna pakai mana – mana sumber tenaga.

Mesin tersebut dipanggil mesin gerak abadi (perpetual motion machine – Inggeris)

Bagaimanapun, mesin tersebut hakikatnya mustahil untuk dihasilkan. Siapa yang kata? Undang – undang fizik yang kata.

David Tennant Doctor Who GIF - DavidTennant DoctorWho Physics GIFs

Mesin gerak abadi tersebut melanggar dua hukum fizik:

  1. Hukum pertama termodinamik: tenaga tak boleh dicipta atau dimusnahkan, hanya berubah bentuk.
  2. Hukum kedua termodinamik: Kecelaruan alam semesta sentiasa akan meningkat. Tambahan pula, lebih banyak tenaga yang berubah bentuk, lebih banyak yang terbazir.

Mesin gerak abadi mustahil dihasilkan kerana ia perlu memiliki tenaga yang tidak akan terbazir dan tidak akan menjadi celaru (disordered)

Image result for spongebob physics
Kecuali kalau kita hidup dalam dunia Spongebob. Boleh langgar hukum fizik suka hati

Bukan itu saja, untuk mencipta mesin gerak abadi ini juga amat sukar kerana ia perlu:

  1. Tidak bergeser antara satu komponen dengan yang lain (sebab nanti tenaga hilang kepada bentuk haba)
  2. Mesti beroperasi dalam vakum (untuk elak pergeseran dengan molekul udara)
  3. Mesti tak hasilkan bunyi (sebab nanti tenaga hilang dalam bentuk bunyi)

 

Walaupun secara teorinya mustahil, tapi itu tak menghalang manusia untuk mencuba. Berikut adalah beberapa percubaan untuk hasilkan mesin gerak abadi sepanjang sejarah!

5Bekas Alir Sendiri

Reka cipta mesin gerak abadi ini agak mudah. Kita ada bekas air yang disambung dengan hos di bahagian bawah, kemudian hos tersebut mengalirkan air balik kepada bekas tersebut, menggunakan prinsip sifon.

Tapi graviti tak berfungsi sedemikian. Untuk membuatkan air tinggalkan bekas air, hujung hos tersebut perlu lebih rendah daripada bekas.

Tapi macam mana kalau ada cecair yang boleh menolak dirinya untuk melalui hos tersebut menentang graviti? Macam video di atas yang menggunakan alkohol? Sebenarnya air tersebut akan berhenti bergerak apabila alkohol / arak tersebut kehabisan gas.

4Roda Tidak Seimbang

Ini adalah versi mesin gerak abadi paling popular. Ia mengguna pakai bebanan yang tak sama jarak daripada pusat putaran, lantas menghasilkan daya kilasan yang berbeza. Bebanan yang lebih jauh dari pusat putaran akan mengenakan daya kilasan yang lebih banyak akibat graviti.

Dengar macam boleh berfungsi kan? Malangnya ia akhirnya akan berhenti akibat geseran dan ia memerlukan motor untuk digerakkan.

3Pam dan Kincir Air Gerak Abadi

Ini adalah antara reka bentuk mesin gerak abadi yang klasik. Dilaporkan sudah ada sejak tahun 1600-an.

Ideanya adalah air akan jatuh dari puncak teratas mesin, yang kemudian memutarkan kincir air, ini kemudian menguasakan pam yang menolak air kembali ke atas, lantas mewujudkan kitaran tenaga.

Masalahnya adalah terlalu banyak geseran yang dihasilkan dan reka bentuk ini cuma boleh berfungsi dalam model komputer. Komputer abad ke 17 pula tak cukup berkuasa untuk membuat simulasi yang tepat.

(Apa maksud korang abad ke 17 belum ada komputer?)

2Graviti dan Magnet

Mestilah ada paling kurang satu mesin yang gunakan magnet. Magnet kan watak penting kalau nak buat mesin – mesin canggih.

Mesin di atas menggunakan daya tarikan magnet dan graviti. Ia miliki satu roda besar yang diputarkan oleh sebiji bebola besi yang ditarik oleh magnet.

Walaupun nampak macam boleh jalan, tapi roda tersebut hanya boleh berputar demikian dengan bantuan luaran. Malah, magnet tersebut juga lama – lama akan hilang daya magnetik. Bermakna ini bukanlah sumber tenaga tak terbatas.

1Mesin Daya Abadi Finsrud

Ini mungkin percubaan penciptaan mesin gerak abadi yang paling canggih setakat ini. Ia juga adalah yang paling kompleks. Mesin ini dicipta oleh ahli matematik dan pengukir Norway Reidar Finsrud.

Sistem yang rumit ini menggunapakai roda, magnet dan pendulum. Roda tersebut sentiasa serong, supaya bola tersebut, yang digerakkan magnet, sentiasa akan berputar sekeliling trek.

Dikatakan sewaktu percubaan selama tiga hari, bebola tersebut berjaya mengekalkan halaju yang sekata. Kajian oleh jurutera mendapati mesin tersebut mampu mengekalkan keefisienan sebanyak 80 – 90 peratus, sedangkan kebanyakan mesin lain seperti enjin pembakaran dalam hanya mampu mencapai 30 – 50 peratus keefisienan.

Finsrud bagaimanapun mengatakan bahawa mesin tersebut mampu mencapai keefisienan sebanyak 100 peratus, bermakna ia menyumbang kepada tenaga percuma. Beliau percaya bahawa mesin ini, jika dibina pada skala yang besar, mampu memberikan tenaga percuma kepada dunia. Beliau juga dikatakan risau kerana mesin ini mungkin terlalu canggih melangkaui zaman, maka beliau menguncinya di bawah tanah.

Bagaimanapun terdapat sebilangan golongan skeptik yang menganggap terdapat motor tersembunyi dalam mesin tersebut. Tiada siapa tahu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.