Zhuji, China –  Malaysia mencatat sejarah buat pertama kali dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan Matematik dalam Pertandingan Matematik dan Sains Olimpiad 2018 yang berlangsung di Hailiang Education Park, Zhuji, China pada 28 September hingga 4 Oktober.

Kontinjen negara yang menyertai Pertandingan Matematik dan Sains Olimpiad 2018 di Zhejiang, China.

Murid, Aidan Ong Ming Feng dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tun Tan Cheng Lok, Kuala Lumpur muncul juara keseluruhan Matematik dalam pertandingan ini.

  Terkini: Juara dunia matematik: Tahniah Aidan!
Aidan, 12, dari SJKC Tun Tan Cheng Lok berjaya diumumkan juara keseluruhan matematik.

Kontinjen Malaysia juga turut membawa pulang tiga pingat emas, satu perak dan tujuh gangsa untuk pertandingan Matematik dan Sains Olimpiad.

Pertandingan ini disertai 400 peserta dari 25 buah negara seluruh dunia antaranya Jepun, Korea, Taiwan, Kazakhstan, Iran, Bulgaria, Afrika Selatan, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar, Sri Lanka dan banyak lagi.

Menurut ketua Kontinjen, Mohd Hafiz Mohd Salleh dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Malaysia telah berjaya mencapai kejayaan tertinggi setakat 15 tahun penyertaan dalam pertandingan ini.

“Dari 12 peserta negara yang menyertai pertandingan ini, 11 daripadanya membawa balik pingat.

“Malah disiplin yang tinggi peserta negara telah memikat hati juri untuk memberikan Anugerah Khas Pasukan Paling Menepati Masa (The Most Punctual Team Award),” katanya.

Katanya, latihan intensif dan komitmen peserta yang tinggi telah membuahkan hasil yang bermakna ini.

Sumber: GPSBestari

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.