OXFORD – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dilantik sebagai Penaung Pusat Pengajian Universiti Oxford Asia Tenggara.

Ketibaan baginda di Sheldonian Theatre, tempat bersejarah di Universiti Oxford, disambut Naib Canselor Universiti Oxford Prof Louise Richardson dan Ketua Bahagian Sains Sosial universiti berkenaan, Prof Sarah Whatmore.

Dalam siaran akhbarnya, Universiti Oxford berkata, pusat itu akan menjadi sebahagian daripada Oxford School of Global and Area Studies.

Pusat yang baru dibangunkan dan akan menjadi sebahagian daripada Institut Global Oxford dan Pengajian Rantau itu dijangka mewujudkan peluang penyelidikan serta pengajaran merangkumi beberapa jabatan.

Penubuhan pusat itu dijangka mewujudkan peluang dalam bidang penyelidikan dan pendidikan untuk dikongsi beberapa jabatan, termasuk Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Jabatan Antropologi dan Ethnografi Muzium, Jabatan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Jabatan Pengajian Pembangunan dan Jabatan Sejarah.

Sultan Nazrin, ketika berkenan menerima pelantikan dan mengulas perkembangan terbaru itu, bertitah Oxford bakal memberikan sumbangan berimpak tinggi terhadap akademi global menerusi penekanan terhadap penyelidikan serta kecemerlangan aspek pendidikan Pengajian Asia Tenggara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.