Mesti anda pernah tertanya, apa soalan matematik yang paling susah?

Err… Tak?

Pada tahun 2000, The Clay Mathematics Institute of Cambridge, Massachusetts (CMI) menyenaraikan tujuh masalah dalam matematik yang dianggap paling susah dan tak dapat diselesaikan selama ratusan tahun. Masalah – masalah tersebut dipanggil ‘The Millennium Prize Problems’.

Oh, dan mereka menawarkan 1 juta dollar untuk setiap jawapan kepada persoalan – persoalan tersebut.

Satu .. satu juta dollar ???

Masalah Millenium ini adalah masalah – masalah matematik tak terselesai yang paling susah dan penting dalam dunia ; pelbagai percubaan telah dibuat oleh minda – minda paling bijak dalam dunia. Untuk menerangkan apa masalah – masalah tersebut juga amat sukar.

Masalah – masalah ini dianggap Gunung Everest dalam matematik. Mereka yang cuba mendedikasikan hidup mereka untuk selesaikannya pula dianggap seperti atlet Olimpik dunia matematik yang mahu dapatkan pingat emas.

Untuk selesaikan satu saja masalah tersebut, anda dijangka perlu dapatkan Ph.D dalam matematik, perlu dapat tajaan Universiti terulung dunia, dan perlu abdikan bertahun – tahun untuk kajian mendalam.

Berikut adalah cabaran – cabaran millenium tersebut, beserta penerangan ringkas oleh Prof Emeritus Bernard Russo

1Poincaré Conjecture

Image result for poincare conjecture

Status: Dijawab

Poincare Conjecture : Bagaimana anda bezakan epal dengan donut – Dalam empat dimensi!

Setakat ini Poincare Conjecture merupakan satu – satunya masalah Milenium yang terselesai.

Ia dibuktikan oleh ahli matematik Russia bernama Grigori Perelman pada tahun 2002. Masalah ini telah menjadi igauan ahli – ahli matematik sejak 1904.

Image result for grigori perelman
Grigori Perelman. Tengok muka pun tau genius semacam.

Walaubagaimanapun, cerita ini lebih dramatik, apabila Grigori kemudian menolak tawaran anugerah Fields Medal – setaraf anugerah Nobel dalam matematik, serta menolak juga tawaran  $1,000,000 dollar tersebut. Tindakan beliau menggemparkan dunia pada waktu itu.

Ahli matematik yang tinggal bersama ibunya itu dianggap berwatakan ‘pelik / eksentrik’ , serta memiliki pandangan tersendiri terhadap dunia matematik.

Ketika ditanya kenapa menolak anugerah dan duit lumayan tersebut, ini jawab beliau:

Saya tak kisah dengan duit atau populariti. Saya tak mahu ditayangkan seperti haiwan di Zoo

Huh. Kenapa macam tak hairan orang macam ni yang berjaya selesaikan soalan paling susah matematik ya?

2Birch and Swinnerton-Dyer Conjecture

Image result for birch and swinnerton-dyer conjecture

Status: Belum dijawab

The Birch and Swinnerton-Dyer  Conjecture : Solusi persamaan algebra dalam nombor bulat; – Pythagorean triples (Euclid) dan Teorem terakhir Fermat (Wiles)

3Hodge Conjecture

Status: Belum dijawab

Hodge Conjecture – Menganggar bentuk objek tertentuk dengan melekatkan bersama bongkah binaan geometri mudah dengan dimensi meningkat.

 

 

 

 

 

4Navier – Stokes Equation

Image result for navier stokes equation

Status: Belum dijawab

Navier – Stokes Equation : Pergerakan cecair dan gas; kejuruteraan nautikal dan aeronautikal

5P vs NP Problem

Image result for p vs np

Status: Belum dijawab

P vs NP problem : Adakah setiap masalah yang boleh diverifikasikan solusinya dengan cepat (dalam masa polinomial) boleh juga diselesaikan dengan cepat?

6Riemann Hypothesis

Status: Belum dijawab

Hipotesis Riemann: merupakan tekaan ahli matematik Bernhard Riemann bahawa semua sifar bagi fungsi zeta Riemann yang bukan disifatkan remeh mempunyai 1/2 sebagai bahagian nyata.

7Yang – Mills and Mass Gap

Image result for yang–mills existence and mass gap

Status: Belum dijawab

Yang-Mills and the Mass Gap Hypothesis : Fizik Kuantum : Kenapa elektron miliki jisim

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.