Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memberi pandangan yang cukup menyedarkan terhadap situasi pendidikan moden.

“Salah satu kelompangan yang disedari sedang berlaku dalam dunia pendidikan moden ketika ini ialah batas kejayaan institusi pendidikan moden sekadar menghasilkan produk yang menguasai kecerdasan, pengamatan dan kobolehan menaakul, tetapi produk yang dihasilkan tidak dilengkapi dengan aspek moral, perasaan dan emosi.”

“Martin Luther King pernah menegur program pendidikan di Amerika Syarikat dengan kata – kata berikut: Kecerdasan ditambah dengan perwatakan adalah matlamat pendididkan sebenar. Pendidikan yang sekadar berhenti pada keberkesanan akan menjadi masalah terbesar pada masyarakat”

“Penjenayah yang paling berbahaya boleh jadi seorang yang mampu berfikir, tapi tidak memiliki moral” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian dalam Istiadat Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2018 yang berlangsung pada 21 Oktober 2018.

Baginda juga menyebut tentang keperluan menjaga amanah sebagai mana saranan al Quran, serta kepentingan para graduan baru memenuhi kehendak majikan dan tidak hanya beridealisme.

“Idealisme tidak akan tinggal sebagai impian, tetapi idealisme berupaya dicapai melalui sifat berani melakukan perubahan dan kecekalan bereksperimen melakukan perubahan”

Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada para graduan di samping mengingatkan para graduan untuk tidak melupakan jasa para guru dan pensyarah, menghargai ilmu dan pengetahuan yang telah diterima dan manfaatkannya untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.