Universiti Malaya sekali lagi membanggakan negara apabila memecah kedudukan 20 Universiti Terbaik di Asia menurut Penarafan Universiti Dunia QS: Asia edisi 2019 yang dikeluarkan oleh penganalisis pendidikan tinggi global QS Quacquarelli Symonds.

No automatic alt text available.

Daripada kedudukan ke 24 tahun lepas, UM telah maju ke tempat ke 19, pencapaian tertinggi dalam sejarah universiti tersebut.

No automatic alt text available.

UM mendapat tempat ketiga di bawah penilaian rangkaian kajian antarabangsa; satu indikator baru dalam penilaian kedudukan universiti, di mana ia memberi kredit kepada tahap kolaborasi bersama universiti – universiti luar negara tersebut.

Juga menurut QS, selain daripada UM, empat lagi universiti mencapai kedudukan50 terbaik dan kesemua 19 universiti terbaik negara telah meningkat ranking mereka.

Penilaian terbaru 500 Universiti terbaik Asia memperlihatkan National University of Singapore merampas kedudukan pertama daripada jirannya, Nanyang Technological University yang kini menduduki tempat ketiga.

Sumber: the Star Online

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.