Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) telah menjuarai pertandingan robotik MakeX peringkat Kebangsaan Sabtu lepas.

64 murid sekolah seluruh Malaysia telah berentap mengaturcarakan unit robot Mbot dalam pertandingan bertaraf antarabangsa tersebut yang bertempat di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.

Dalam pertandingan tersebut, para peserta dikehendaki melakukan pengaturcaraan untuk menyelesaikan beberapa masalah simulasi bumi yang telah tercemar.

Unit robot Mbot tersebut perlu melakukan beberapa tugasan di atas litar khas tanpa campur tangan peserta.

Pemenang ditentukan menerusi bilangan tugasan yang berjaya diselesaikan di samping tambahan beberapa faktor lain seperti masa dan penalti.

MakeX adalah acara robotik bertaraf antarabangsa yang berasal dari China dan mengetengahkan matlamat untuk mempromosikan pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics).

SMA MAIWP akan mewakili Malaysia dalam pertandingan robotik MakeX tersebut di China pada Disember akan datang.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.