Sekolah Spalding Grammar School telah melarang pelajar tingkatan enam daripada membawa beg galas dari kelas ke kelas atas alasan ditakuti mencederakan pelajar yang lebih kecil. Mereka diarahkan untuk membawa buku menggunakan tangan sahaja.

Dilaporkan bahawa beberapa pelajar telah tercedera akibat beg – beg galas yang dibawa oleh murid tingkatan enam.

Larangan tersebut tidak meliputi beg galas yang dibawa ke sekolah, sebaliknya hanya untuk waktu pembelajaran berlangsung.

Maka, sebilangan pelajar mengambil tindakan mengalihkan buku – buku mereka dari beg galas ke dalam beg plastik untuk dibawa dari kelas ke kelas.

Banyak ibu bapa yang merungut terhadap peraturan yang ‘tak masuk akal’ tersebut.

Namun tindakan pelajar berumur 17 tahun Jacob Ford lebih drastik dan kelakar. Sebagai protes secara senyap, dia menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk membawa buku!

boy with microwave and school books

Protes sindirannya bagaimanapun mendatangkan masalah baginya, apabila dia kemudian digantung sekolah selama dua hari.

Menurut Ford, peraturan ‘mengarut’ tersebut tak wajar dikenakan dan sepatutnya alternatif lain yang dicari.

Dia juga menyatakan bahawa polisi tersebut tidak lain bertujuan mengorek duit dari dompet pelajar yang terpaksa pula membeli beg baru yang bersesuaian dengan kehendak sekolah.

Sumber: unilad

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.