Baru – baru ini naik satu ungkapan ‘IQ seperti lobak‘ (IQ of a carrot) yang digunakan oleh seorang pemuka politik negara.

Persoalannya, kenapa ‘IQ seperti lobak’? Kenapa lobak? Dari mana datang ungkapan ini?

Ungkapan ini sebenarnya dipopularkan oleh seorang ahli Mensa, iaitu persatuan golongan – golongan tinggi IQ melalui bual bicaranya di BBC.

Dalam temu bual tersebut, Peter Baimbridge mengatakan “Satu – satunya cara untuk menilai IQ adalah untuk membandingkan prestasi anda dengan populasi awam. Jadi nombor yang dipetik adalah percubaan menggambarkan analisa statistik, dalam bahasa mudah”

“Jadi kebanyakan ujian IQ meletakkan purata orang biasa sebagai 100. Lagi tinggi nombor anda, lagi bijak. Dan jika IQ anda dalam lingkungan 60, anda mungkin sebiji lobak

Jadi ungkapan IQ seperti lobak itu merujuk kepada mereka yang rendah nilai IQ mereka.

Kontroversi

Peter Baimbridge kemudian meminta maaf dan menarik balik ungkapan tersebut setelah penonton menghubungi BBC untuk menyuarakan ketidaksetujuan mereka.

Ujar mereka, ungkapan tersebut menghina dan mengguris hati mereka yang hadapi kesulitan belajar.

Mensa British kemudian turut meminta maaf atas ungkapan tersebut menyatakan “ia memang tidak patut dan tidak menggambarkan kepercayaan persatuan kami”

Salah satu aduan adalah daripada Dr Sullivan yang mengatakan “Sebagai ahli psikologi klinikal yang telah bekerja dengan ramai orang dengan IQ di bawah 60, saya dapati komen tersebut sangat biadap dan salah. Ia hanya mengembangkan stigma terhadap mereka yang hadapi masalah sukar belajar”

IQ sebagai Nilaian Kebijaksanaan

Sebelum ujian IQ diwujudkan pada tahun 1904 oleh Binet – Simon, kebijaksanaan diukur melalui ungkapan – ungkapan seperti otak udang, otak cair, bodoh sepat, tajam akal, buntal kembung, panjang akal, tong kosong, otak lutut.

‘Masalah’ bagi ungkapan – ungkapan ini adalah ia terlalu subjektif.

IQ adalah satu cubaan untuk mengobjektifkan penilaian tahap kebijaksanaan manusia. Kebijaksanaan dikira berdasarkan pencapaian pada beberapa ujian IQ seperti Binet – Simon, Raven Progressive Matrices dan Weschler Adult Intelligence Scale. Lagi tinggi nombor, lagi bijak.

Namun konsep IQ ini sebenarnya agak kontroversi. Bermula dengan masalah dari segi sejarah penciptaan ujian IQ itu sendiri.

Ujian IQ digunakan oleh ahli psikologi Amerika untuk halang kemasukan imigran. Imigran dihalang masuk sebab mereka dianggap ‘dungu’, sebab rata – rata mereka skor rendah dalam ujian IQ yang diwajibkan ke atas mereka sebelum boleh masuk ke US. Sedangkan punca sebenar mereka tak mampu jawab adalah sebab kurang fasih bahasa Inggeris.

Kemudian ada lagi kontroversi perkauman daripada hasil ujian IQ, apabila dikatakan orang kulit putih lebih bijak dari orang kulit hitam.

Malah, masalah paling ketara penggunaan konsep IQ adalah obsesi orang terhadap menomborkan kepandaian tokoh – tokoh dalam sejarah. Tokoh – tokoh seperti Einstein, Jesus, Euler, Gandhi semua diberikan nilai IQ, sedangkan mereka tak pernah ambil ujian tersebut, maka mustahil untuk dinilai kebijaksanaan mereka.

Mana ada. Tak betul.

Malah ironinya, antara figura yang sering kali dibandingkan nilai IQ beliau, iaitu Stephen Hawkings sendiri mengatakan orang yang bersorak dengan nilai IQnya hakikatnya adalah orang yang dungu.

main-qimg-fa494b6920d36540f05e8fd9cb3223df-c.jpg

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.