Polemik tentang isu ketuanan dan wibawa bangsa Melayu meletus naik baru – baru ini melalui kenyataan Menteri dan isu ICERD.

Bangsa Melayu diperlekeh melalui penonjolan statistik banduan di penjara, penagih dadah, mat rempit, makan untung atas angin, malas dan lain – lain.

Namun hal ini mahu ditentang oleh seorang pengguna Facebook Abu Huzaifah Bidin yang berhasrat membuktikan Melayu bukanlah bangsa pemalas dengan cara mengumpulkan senarai ratusan anak – anak Melayu hebat yang berjaya dalam pelbagai bidang.

“Tujuan aku memang nak hapuskan mitos Melayu malas. Orang Jepun ada banyak masalah dalam bangsa dia. Masalah stress,masalah kerja,masalah bunuh diri,masalah ” kesuburan”,masalah paedophile,industri lucah mereka. Tapi kau nampak yang baik je pasal orang Jepun,yang buruk ni kalau boleh dia sembunyikan.”

“Kita pulak suka-suka je nak mendabik dada kelemahan bangsa sendiri. This has to stop.Tunjukkan kepada dunia kehebatan bangsa kita. Tunjukkan yang orang Melayu ni kreatif,pelayar ulung,bijak dan semestinya bangsa yang rajin” Ujar beliau.

Pada ketika artikel ini ditulis senarai tersebut telah mencapai bilangan sebanyak 163 nama dan pencapaian, dan ia semakin bertambah.

Inisiatif ini hampir sama dengan punca yang melahirkan laman web muslimscondemn.com oleh seorang remaja Muslimah berusia 19 tahun.

Akibat terlalu bosan ditanya “mengapa tiada Muslim yang mengecam jenayah / keganasan sekian – sekian”, Heera Hashimi mengompilasikan 712 muka surat pengecaman Muslim terhadap jenayah di seluruh dunia.

Kompilasi tersebut kemudian dikembangkan dalam laman web muslimscondemn.com dan kini telah mencapai ratusan ribu hantaran.

Berikut adalah senarai 168 nama – nama Melayu hebat yang disenaraikan, anda boleh menyumbang kepada senarai tersebut menerusi pautan ini.

Mari musnahkan mitos Melayu malas!

Senarai orang Melayu yang hebat (Setakat Artikel ini Ditulis)

1) Nizam Razak-Pencipta Upin Ipin,Boboiboy
2) Usamah Zaid Yasin-Pencipta Upin Ipin,Ejen Ali
3) Safwan-Pencipta Upin Ipin,Boboiboy
4) Adlyka Annuar-Saintis Lohong Hitam Nasa
5) Amani Salim-Saintis Nasa Nanosatellite
6) Nasaruddin Mohd Yusof-Pemenang Anugerah Nobel Pertama untuk rakyat Malaysia
7) Robiah Ibrahim-Pencipta Collection Surface Method
8)Izmir Yamin-Saintis Roket Malaysia
9) Wan Hazmer-Pembangun permainan video Malaysia,Lead Designer FFXV,pengasas syarikat Metronomik
10) Hafizh Syahrin-Pelumba MotoGP
11) Mufizal Mokhtar- Pengarah Seni,Ubisoft Singapore
12) Dr Syeikh Mudzafar Shukor-Angkasawan Pertama Negara
13) Datuk Mazlan Othman-Astrofizik Wanita Pertama Malaysia
14) Wan Kuzain- Pemain Bola Professional Amerika Syarikat
15) Faiz Subri- Pemenang Anugerah PUSKAS
16) Prof Dr Shahrir Md Zain- Peneraju Mazhab Sains Islam
17) Dr Afifi Al Akiti- Cendekiawan di Oxford Centre of Islamic Studies
18) Prof Muzlifah Haniffah- Professor Immunologi Malaysia berteras di UK
19) Pa’Din Musa- Lagenda Skateboard Negara
20) Vivy Yusoff-Pengasas Fashion Valet
21) Wan Nur Marfudah- Highest ACCA Score in the World
22) Azizulhasni Awang- Pocket Rocket Man
23) Hafizah Noor Isa- Penemu Gelombang Graviti
24) Abudi Alsagoff- Professional Parkour Atlit
25) Dr Haron Mat Piah- Pengasas Tib Melayu
26) Dr Noor Hisham-Royal College Surgeon Fellowship
27) Ibrahim Anon- Kartunis Ujang Terkemuka
27) Datuk Seri Haji Hadi Awang- Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia
28) Dr Amalina- Surgeon Terkemuka UK
29) Rizal Khalif- First Malaysian to join Artic Dograce
30) Rendra Zawawi- Golden Horse Award for Best Original Film Song
31) Dr Samsuri Mokhtar- Pakar Aeroangkasa Malaysia
32) Ahmad Zulfadli Khamidi-Umur 13 tahun dah buat app
33) Ahmad Yusuf Ahmad Azani- Graduan USNA
34) Prof Chef Zamzani- Pakar Kulinari Malaysia
35) Hijjas Kasturi- Arkitek Ulung Melayu
36) Dayang Anita Aziz- Pakar Kanak-Kanak
37) Dr Naja Nadira Omar- pHD termuda Biofizik
38) Siti Khairiyyah Mohd Hanafiyyah- Famelab 2018 Winner
39) Dr Syahr Musafir II- Pelajar Terbaik Universiti Adslaide
40) Sinan Ismail- Pencipta Didi and Friends
41) Azhar Mansor- Pelayar Mengelilingi Dunia
42) Noor Helmi and Amzari Tajudeen founders of IX Telecom, international telecommunications player.
Recognized in APAC CIO Outlook Top 25 Managed Service Providers
43) Izuan Ibrahim- Jurulatih Badminton Jepun
44) Zulkifli Haron- Zull Design
45) Dr Nordin Zain- Fellow CPA Australia. Akauntan hebat
46) Datuk Dr Najmil Faiz-Pemuda Melayu pertama yang pernah bentang kertas kerja di parlimen British.
47) Dr Imelda Balchin-Pakar O&G
49) Datuk Halim Othman- First Malaysian Pilot for Air Race
50) Haji Asri- Pengasas AAA, Coach Trading No 1 Malaysia.
51) Adam Norodin- Racer Moto 3
52) Arzumy MD- CTO Fave Group
53) Dr Azlan Hussin- Pakar Jantung Negara
54) Tan Sri Dr Jemilah Mahmood- Perintis Mercy Malaysia, Secreary General Red Cross International
55) Sharifuddin Bujang- Nasty Worldwide
56) Wahab Yusoff-Vice President Palo Alto Networks Asean
57) Muhammad Shafiq-Founder,CEO,Director Direct Consulting Services – Creative Minds
58) Dr Wan Azman b Wan Ahmad- Pakar Jantung Negara
59) Datuk Maimunah Mohd Sharif, Executive Director UN-Habitat
60) Tengku Irfan- Child Prodigy,Winner of three ASCAP Morton Gould Awards in 2012, 2014, and 2017.
61) Mohd Sirhajwan Idek- Guru Luar Biasa,anugerah Community Award for Citizenship di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
62) Datuk Dr Nazri Khan- CEO&CIO Hermana Capital Berhad
63) Datuk Ramli Ibrahim-India’s Padhma Sri Awards
64) Prof. Dr. Faridah Awang. Anak Melayu pertama dapat Profesor penuh di US sejak 2011. University Eastern Kentucky, United States of America.
65) Tuan Haji Ali Hassan- Pengasas Al Ikhsan
66) Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh – Sasterawan Negara
67) Azri Zahier Azmi founder dan CEO Hausboom. Produk dia dah sampai merata dunia
68) Prof. Dato’ Ir. DR Wan Hamidon Wan Badaruzzaman. UKM. EXPERT in Engineering in new building material (IBS – innovative polymer engineering)

69)Nor Hasima Che Hassan – CEO Tasblock (m) sdn bhd. ARCHITECT.
Fellow in IBS scoring for CIDB. Expert in INNOVATIVE Reinforce Fibre Polymer technology for IBS material. The Only IBS supplier using fiber polymer in malaysia, thailand, brunie and philippin.

70) Dr Mundzir Abdullah – Penerima pHD termuda UTM
71) Dr. Hasrul Zakariah, pakar Sejarah Islam dan Sejarah Asia Barat. Menjadi Felo Sejarah di Oxford. Sering berdebat dengan orentalis Yahudi di Bercelona.
72) Tom Abg Saufi-International Designer
73) Saladin Mazlan-Pelumba Rally Professional
74) Dr Alinor Abdul Kadir-Akademia Matematik UKM
75) Hasnul Afifi- Pencipta Iman dan Sara
76) Dr. Sohaimi Abdul Aziz, pelopor Teori Rasa-fenomenologi, menerangkan tentang estetika dalam karya kreatif
77) Dr. Rahim Kamaluddin, pakar kriminologi UKM
78) Am Tuah ( Amirul Afandi)- Professional E-Sport,Wakil Malaysia ke Peringkst Dunia di Jerman
79) Ramlee Awang Murshid – Novelis Thriller Nombor 1 Malaysia.
80) Omar Jumiran-meraih tempat kedua di dalam Kejuaraan Dunia Pembinaan Motosikal Custom AMD yang berlangsung di Cologne
81) Yunalis Zarai- Penyanyi Popular Malaysia di LA
82) Prof. Emeritus Dr. Ismawi Hj. Zen – salah seorang panel arkitek untuk pembangunan semula masjidil haram & kawasan sekitar kota Makkah
83) Dr Abdul Basit bin Abd Rahman – memperolehi PHD dari Universiti Islam Madinah(di M’sia hanya ada 3 org shj yg berjaya tamat sampai ke peringkat PHD di universiti Islam Madinah)
84) Joe Flizzow- MTV EVA Best Asian Act
85) Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Ir. Dr. Sahul Hamid bin Abu Bakar – Ahli akademik kejuruteraan terbaik di Asia
86) Adrujha Wijayamala Singha – Srikandi wanita Melayu yang memenggal kepala Raja Thai

87) Sheikh Wan Ahmad Al-Fattani – Ulama dan Saintis Melayu silam yang dikatakan menemui teknik menghasilkan emas serta menyiapkan banyak kitab perubatan Melayu silam.

88) Tun Perak – Arkitek disebalik kejayaan Kesultanan Melayu Melaka

89) Nakhoda Ragam – Penakluk Agung yang merupakan raja terbaik Empayar Brunei

90) Hang Nadim – Pejuang kemerdekaan Melaka yang mendatangkan mimpi ngeri untuk Portugis

91)Laksamana Tun Abdul Jamil – Laksamana Melayu yang mengalahkan Portugis di Melaka

92) Ratu-Ratu Patani (Ratu Hijau, Biru, Kuning dan Unggu) – Arkitek disebalik kegemilangan Pattani

93)Hang Tuah – Laksamana, Jeneral Perang, Diplomator dan Linguistik hebat.

94)Hamka – Ulama Melayu silam penghasil kitab tafsir hebat Alam Melayu, Kitab Tafsir Al Azhar

95)Fan Shih-Man – Pengasas Empayar Melayu Pertama dalam sejarah

96)Raden Wijaya – Penghalau Monggol dari Nusantara

97)Dharanindra – Maharaja Melayu Srivijaya yang merupakan penakluk dan bertanggungjawab meluaskan Srivijaya di kemuncaknya. Digelar sebagai “penunduk para musuh.”

98)Che Bong Nga – Pejuang kemerdekaan Champa melawan Dai-Viet

99)Cik Siti Wan Kembang – Raja wanita terbaik dalam sejarah Kelantan

100)Raja Haji – Pahlawan Melayu yang berjuang melawan Belanda

101) Suryavarman I – Maharaja keturunan Melayu yang membawa Empayar Khmer ke zaman kemuncaknya

102)Manabrahna – Jeneral perang Melayu penakluk India Selatan

103)Dharmaraja Candrabanu – Penakluk Sri Lanka dari Alam Melayu

104)Hamzah Fansuri – Bapa falsafah tasswuf Alam Melayu

105)Maharaja Abu Bakar – Bapa Permodenan Johor

106)Sultan Zainal Abiddin III – Raja Melayu Berjiwa Ulama

107)Tokku Paloh – Ulama Melayu yang mempermainkan British dengan diplomasinya

108)Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abiddin II – Penakluk dari Kesultanan Kedah yang meluaskan empayar Kedah ke Myammar

109)Laksamana Awang – Manusia pertama keliling dunia

110)Raja Ahmad Thabib – Saintis Melayu yang mencipta pelbagai jenis ubat merawat penyakit sehinggakan namanya diabadikan di sebuah hospital di Indonesia

111)Laksamana Keumalahayati – Laksamana wanita pertama dalam sejarah moden
112) Dato’ Ramli Mokni- Ramli Burger
113)TAN SRI DATO’ SERI DR. ROBAAYAH ZAMBAHARI- MD/CEO IJN
114) Datuk Prof Zuraina- Arkaeologis Wanita Pertama
115) Tan Sri Siti Norma Yaakob- Hakim Tinggi Wanita Pertama
116) Tuan Haji Nasir bin Waris – PAKAR TANAMAN PADI
117) Imran Abd Jabar-Pengasas Sifoo
118) Arif Tukiman founder Runcloud.io
119) Dato’ Syed Manshor Syed Mahmood, Pengasas & Pengerusi Adabi
120) Tengku Djan Ley bin Tengku Mahaleel- Malaysian professional drift driver
121) Norliza Hisham- Perancang Bandar Hebat
122) Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, pemilik yang juga Pengarah Urusan Weststar
123) Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar- Pengasas MK Land
124) Tan Sri Rozali Ismail – Puncak Niaga Holdings
125) Sudirman Hj Arshad – penghibur tersohor Asia
126)Tan Sri Shamsudin Abdul Kadir – pengasas sapura group
127)SM nasimuddin – pengasas Naza group
128)Cikgu Mokhdar – Pengasas kaedah mokhdar, cara mudah untuk menghafal sifir dan belajar matematik
129) Syed Ahmad Fuqaha – CEO Katsana – Advanced fleet management system (GPS tracking utk kenderaan)
130) Prof Dr Mohd Zaki Salleh – pelopor kajian genom Melayu dan perintis perubatan tepat di Malaysia
131) Edan Syah- Six Abbott World Major Marathons Finisher
132) Tan Sri Azman Hashim-Ambank Chairman
133) Hanis Rahim-Game Director Studio Kamii
134) Dr Salina bt Aziz- Fellowship of Surgery Europe
135) Prof Dr Harith Ahmad- Lecturer,Inventor and Distinguished Professor
136) Sakinah Omar- Jeju Muslim Travel
137) Dr Ahmad Rifqi Mohd Zain-Saintis Universiti Harvard
138) Siti Rahmah Mohd Nasir,Juara Dunia Silat 3 Kali
139)Muhammad Syazwan Mat Sidik, 17, Muhammad Anuar Abd Ghani, 17, dan Safiyyah Muhammad Nasir, 16 -Juara Dunia Pertandingan Nuklear Di Korea
140) Mohd Yazid Kamal Baharin ( Zid) – Pelukis Komik International
141) Mohram – kumpulan muzik tradisional yang berasaskan seruling dan telah pergi ke peringkat antarabangsa
142) Anita Yussof – solo woman rider around the world.
143) Prof Dato’ Dr Jafri Malin – among pioneer neurosurgeon kat SEA. Now dah lahirkan lebih ramai neurosurgeon from USM
144)Dato Dr Mohd Daud Bakar – shariah scholar and expert in Islamic Finance. Pernah dapat award dan expertise in IF juga direfer oleh Middle East countries
145) Mat Redho- Ninja Challenge League Grand Champion
146) Sutan Puasa – Pembuka kota Kuala Lumpur
147) Khairul Idham Pawi – rider Melayu Islam pertama memenangi perlumbaan Grand Prix dunia kelas Moto3
148) Akmal Hazim- Founder and Technical Consultant at InspyreHost (budak lagi ni)
149) Mohd Ikhwan – Juara street workout challenge dunia
150) Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary- Melayu Terkaya
151) Sabariah Hussein- Malay “Mother Theresa”
152) Prof. Datuk Dr. Ismail bin Mohd. Salleh .. Buta ..Pakar ekonomi .. Perancang ekonomi malaysia ..
153) Assoc prof ir dr aduwati sali . Saintis telekomunikasi yang membantu semasa kes pesawat mh370
154) Ir Dr Hafizal Mohamad bagged the ASEAN Outstanding Scientist and Technologist Award (AOSTA) 2017 .. Best asean scientist
155) Dr Aid Fawzal- Pencipta Konsep Fawzal Number,yang digunakan oleh pengeluar supercar terkemuka
156) Datuk Wira Dr. Maznah Hamid
Pengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE.
Vice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)
157) Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
Owner and MD Sani United Sdn Bhd ( owner Sani Bus Express)
158) Ridzuan Puzi: Pemenang pingat emas olimpik dan sukan asia para. Pemecah rekod dunia.
159) Dr Khamsiah-Chairman & Founder.
Andorra Women & Children Hospital
160) Dr Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah dan Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman menubuhkan Hospital Beyond Boundaries (HBB) yang di iktiraf PBB.
161) Datuk Khadijah Ibrahim pemilik Khadijah’s Kitchen yang mempunyai cawangan di beberapa buah negara.
162)Norul Rafidi Zakaria anak melayu yang berpeluang mempersembahkan animasi filem Re-Entry Animated ditayangkan di perjumpaan Persatuan Antarabangsa untuk Kemajuan Keselamatan Angkasa Lepas (IAASS) Kelima.

163)Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin (SMKTBB), Seri Menanti, Negeri Sembilan teruja apabila terpilih menyertai World Adolescent Robot Contest 2018 di Guiyang, China.

3 COMMENTS

  1. Saya nak tambah, antara orang melayu yang mendapat pengiktirafan mengajar kepada orang arab dan bangsa-bangsa lain di masjid Al-azhar iaitu ustaz nazrul nasir dan ustaz hairul nizam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.