Muhammad Hafeez Jeofrey, pelajar calon PhD di Imperial College London mencatat kejayaan membanggakan apabila kajian beliau mengenai antartika diterbitkan oleh jurnal saintifik berprestij Nature Communications.

Tulisan beliau yang bertajuk ‘hard rock landforms generate 130km ice shelf channels through water focusing in basal corrugations‘ mengkaji mengenai tahap kestabilan ais di antartika.

Punca utama kenaikan paras air laut dunia adalah daripada pencairan glasier – glasier besar.

Beberapa tahun kebelakangan, ketidakstabilan kepingan ais yang disebabkan oleh pemanasan atmosfera dan lautan telah menjadi satu kebimbangan yang besar.

Terdapat dua kepingan ais yang sangat besar di bumi; di Greenland dan di Antartika. Antartika yang terletak di latitud selatan pula terbahagi kepada dua kawasan: Antartika Timur dan Antartika Barat.

Walaupun Kepingan Ais Antartika Barat (WAIS) lebih kecil saiznya, ia dianggap lebih kurang stabil.

Kajian Hafeez yang juga merupakan staf akademik Universiti Malaysia Terengganu berkisar tentang penelitian terhadap keadaan dalam WAIS, menggunakan teknologi satelit dan radar.

Beliau dan pasukan telah menemui terusan sepanjang 130 km di atas permukaan ice shelf terapung Antartika.

Terusan tersebut, beserta bahagian lain permukaan ais, dianggap sebagai satu titik ketidakstabilan pada ice shelf. Jika permukaan ais mencair, air akan mengalir melalui bahagian – bahagian tersebut, lantas mengikis terusan yang lebih dalam, menghasilkan lebih banyak kelemahan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.