Kadang – kadang kita sukar nak terangkan kepada orang kampung apa kita belajar di Universiti. Hendak jelaskan kenapa kita ambil degree tersebut pula ternyata lebih susah.

Sebuah video di Youtube bagaimanapun menyenaraikan 30 degree (ijazah sarjana muda) Universiti dan menerangkan kesemuanya dalam hanya satu ayat. Panjang video tersebut hanyalah 2 minit 35 saat.

Dah pasti, video tersebut lebih bernada jenaka dan sarkastik. Namun sebenarnya banyak juga kebenarannya…

Berikut adalah 30 Degree Universiti yang diterangkan dengan 1 ayat (jangan ambil serius sangat ye).

1Falsafah

Separuh masa dihabiskan mendengar satu orang yang sama bergaduh dengan pensyarah.

2Pemasaran (Marketing)

Kami pelajari bagaimana mencipta masalah khayalan untuk penyelesaian – penyelesaian mudah.

3Perakaunan

Saya tak suka lejar akaun, tapi saya suka duit.

4Perubatan (Medicine)

Dalam masa 9 tahun saya akan buat kerja yang saya nak sebenarnya.

5Sains Komputer

Masa saya dihabiskan menolong kawan – kawan dengan isu – isu komputer remeh, sebelum gagal mempengaruhi mereka bahawa Linux adalah sistem pengoperasian (OS) yang terbaik.

6Psikologi

Sekarang saya faham kenapa saya tertarik dengan teman lelaki saya.

7Pengurusan

Selamat datang ke kursus yang mengajar common sense , tapi sengaja dirumitkan dengan perkataan – perkataan bombastik.

8Criminology

Sama ada saya peroleh kerja sehabis saja degree saya, atau saya boleh jadi penjenayah paling profesional.

9Perundangan

Saya pertahankan gaji enam angka saya dengan beritahu orang bahasa Inggeris saya lagi bagus daripada mereka.

10Kejururawatan

Saya buat dua kali ganda kerja dan dapat separuh gaji doktor, sebab saya faham kurang 10%.

11Biologi Marin

Saya harapkan dapat berenang dengan dolphin, tapi sekarang disuruh jaga kolam ikan.

12Kejuruteraan Mekanikal

Saya cuba buat kejuruteraan elektrikal, tapi susah sangat.

13Kejuruteraan Elektrik

Saya cuma ambil kursus ni sebab nak jadi Ironman.

14Kejuruteraan Sivil

Saya nak jadi arkitek, tapi tak pandai lukis.

15Inovasi dan Enterprise

Saya tak akan dapat kerja, tapi saya tahu macam mana nak buat sendiri.

16Perniagaan

Ini pilihan ketiga saya selepas undang – undang dan perubatan, yang mak ayah saya terima.

17Sains Veterinar

Saya suka binatang. Saya tak sabar pengsankan mereka sepanjang hari.

18Sejarah

Saya cite keseluruhan internet dalam masa 4 hari.

19Ekonomi

Saya sekarang tahu bagaimana nak selesaikan semua masalah dunia, tapi tak ada siapa suka apa saya kata.

20Pelancongan

Dalam hanya 3 tahun, saya boleh dapat kerja dengan gaji minima di negara Eropah Barat.

21Kewartawanan

Saya sekarang orang yang paling layak untuk menangis depan komputer berjam – jam.

22Geologi

Saya sangat membosankan dalam parti.

23Sains Perubatan

Saya tak dapat masuk jurusan perubatan.

24Sains Kesihatan

Saya tak dapat masuk jurusan perubatan, tapi sekurang – kurangnya semua orang dalam kelas saya cantik – cantik.

25Zoologi

Dalam kerjaya ni, manusia adalah binatang paling susah nak diuruskan.

26Arkeologi

Kemuncak kerjaya saya adalah menemui mayat lelaki berusia 700 tahun.

27IT

Saya sekarang mampu men-google masalah lebih efisien berbanding orang lain.

28Pergigian

Kawan – kawan saya tak mahu panggil saya doktor.

29Bahasa Jepun

Semua orang di sini banyak sangat tengok Anime.

30Kesenian

Habislah, saya tak akan dapat kerja.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.