Pernah dengar ungkapan “kamu tak akan dapat jumpa guru – guru seperti di Malaysia”?

Image result for cikgu

Hakikatnya, ungkapan tersebut ternyata mempunyai kebenaran apabila kajian oleh Cambridge Assessment International Education meletakkan cikgu – cikgu kita sebagai antara yang paling berdedikasi di dunia, sebagai mana laporan New Straits Times.

70% guru – guru di Malaysia didapati merasakan tugas mengajar sebagai satu karier yang mengganjari diri mereka.

Sumber: NSTP

Juga, Cambridge International dipetik mengatakan:

“75% guru – guru yang dibanci turut mengambil bahagian dalam kelas – kelas tambahan untuk membantu murid – murid peroleh markah tinggi – Ini peratusan tertinggi daripada semua negara yang dibanci”

Masih teringat usaha dan jasa cikgu – cikgu, ustaz – ustazah yang membuat kelas tambahan sendiri dari pukul 8 pm hingga tengah malam.

“Keputusan peperiksaan dicapai oleh murid-murid di Malaysia juga yang paling tinggi dicapai antara negara-negara terlibat dalam bancian ini,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan seperti dilaporkan akhbar The Star.

Related image

Bancian itu melihat keadaan persekolahan pelajar berumur antara 12 hingga 19 tahun dan guru di 10 negara termasuk Argentina, China, India, Indonesia, Pakistan, Sepanyol, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

Sebanyak 477 pelajar dan 634 guru di negara ini terlibat dalam bancian tersebut.

Terima kasih cikgu – cikgu Malaysia! Anda memang istimewa!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.