Selama ini kebanyakan ucapan graduasi oleh graduan terbaik universiti, atau valedictorian speech yang tular didominasi oleh Universiti – universiti Barat. 

Beberapa contoh ucapan valedictorian yang tular

Ucapan dari graduan Harvard ini contohnya, tular apabila beliau memberikan kritikan dan pandangan uniknya terhadap sistem pendidikan Barat.

Begitu juga, video ucapan Denzel Washington ketika hari graduasi Dillard University ini menjadi bahan motivasi jutaan pelajar yang terinspirasi dengan kisah beliau bangkit dari kegagalan.

Namun, siapa sangka, ucapan graduasi universiti Malaysia juga sebenarnya miliki kehebatan tersendiri dan mampu mencabar hasil keluaran universiti Barat.

Video ucapan graduasi oleh graduan PhD terbaik USIM, Dr Kamilin Jamilin, mencapai jutaan tontonan dalam masa kurang satu minggu dan dikongsikan dalam pelbagai medium.

Ucapan graduasi yang unik tersebut sangat menyentuh hati kerana dikaitkan dengan keberkatan doa ibu. Beliau yang merupakan penerima anugerah Chansellor Award USIM itu mengatakan bahawa beliau tidak perlu langsung merasa bimbang, kerana beliau sentiasa mempercayai doa ibu beliau yang bersolat Dhuha sekurang – kurangnya 1 jam setiap hari.

Menariknya, tatkala ucapan – ucapan graduan di Barat rata – rata mengkritik sistem peperiksaan, pendidikan, mengkritik nilai ilmu, ucapan graduan negara kita menyentuh nilai rohani dan hakikat keberkatan ilmu.

Hal ini merupakan satu keunikan yang sewajarnya dipersembahkan secara lebih meluas kepada pengguna alam maya seluruh dunia yang kini sedang mengalami krisis ‘kekeringan’ nilai pendidikan. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.